Temboro Oh Temboro

☆★Temboro Oh Temboro★☆

Temboro Al Munawwarah diberi gelaran, stelah mluangkan masa beberapa hari disini, semakin bersemarak semangat di dalam sanubari dan semakin terang sinar harapan di hadapan mata. Sebelum ini kita sentiasa diperdengarkan dgn kisah2 manusia yg paling beruntung selepas para Anbiya a.s yang mana mereka tlah dipilih Allah swt utk jadi murid terbaik kpd guru yg terbaik. Mreka adalah para sahabat r.anhum yg mana mreka tlah berdamping dgn baginda saw sehingga kehidupan Baginda saw ada pd kehidupan mereka bahkan maksud hidup Baginda saw diutuskan dibumi ini sbg rahmat sluruh alam jg tlah disambung dan disempurnakan oleh mreka. Di waktu mreka hidup, setiap hari, stiap jam bahkan stiap saat org kafir datang kpd islam. Apabila org luar haramain brtanya ttg perihal Baginda saw jwb mereka "kuunu mislana tuflihu". Kamu ikutlah kami kamu berjaya. Dan Baginda saw sendiri pernah bersabda lebih kurang mafhumnya. "sahabat2ku ibarat bintang dilangit, dr mana2 satu yg kamu ikut nescaya kamu dibawah petunjuk". Tidak kurang juga kisah2 mereka di abadikan dlm Kalamullah sbg contoh buat kita hari ini hingga hari kiamat. Semakin kita mencontohi mereka semakin kita menghampiri keredho'an Allah swt. Betapa tinggi sifat mereka dlm imaniat, ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlaq sehinggakan apabila kita dgr kisah hidup mreka se akan2 ia satu perkara yg mustahil utk di contohi pd hari ini, Innalillah.

Segala puji bg Allah swt, berkat usaha yg tlah di hidupkan kembali oleh penyelamat umat akhir zaman Sheikh Maulana Muhammad Ilyas rah. yg memiliki salasilah keturunan drpd Saiyidina Abu Bakar Assiddiq r.a, byk kampung2, bandar2, negeri2 bahkan negara2 tlah bertukar wajah dr 'gelap' kpd 'cahaya'. 

Dan Temboro adalah salah satu daerah contoh di Indonesia yg tlah mengembalikan suasana yg mirip dgn kehidupan para sahabat di Madinah dahulu sehingga masyarakat menggelarnya sbg Temboro Al Munawwarah. Susah utk gambarkan perasaan yg menyelubung disaat menjejakkan kaki ke sana. Pakaian sunnah menjadi pakaian umum. Lelaki2 berjubah, kopiah dan wanita berjubah gelap lengkap dgn purdah dimana2 sj termsk di sekolah2 akedemik (SMA). 

Sebagaimana yg kita slalu doa spy dikampung kita setiap lelaki2 akil baligh datang solat berjemaah 5 waktu sehari semalam di tempat azan di laungkan, wanita2 dapat solat di awal waktu dan tutup aurat dgn sempurna, dr rumah2 kluarnya hafiz hafizah, alim alimah dan da'ie da'iyah, semua perkara ini telahpun berlaku ditemboro dan dapat disaksikan sendiri oleh setiap pengunjung yg hadir ke sini. Menurut org tempatan kira2 20 tahun dahulu, masyarakat temboro sgt jauh dr agama, walaupun pasentren (temboro) sdah wujud disana ketika itu namun jurang pemisahan antara santri (org pondok) dgn masyarakat sgt ketara. Tanaman disana juga tidak menjadi. Tapi stelah usaha dakwah tabligh yg dicetuskan Sheikh Maulana Muhammad Ilyad rah. amula dihidupkan disana rahmat dan keberkatan tlah menghujani temboro sehingga berubah dr gelap kpd cahaya sbg mana Allah swt telah ubah Yathrib (tempat berhimpunnya penyakit2) kpd Madinah Al Munawwarah (bandar yg memancarkan cahaya hidayat).

Dulu xde sorgpun dr kalangan masyarakat awam disini yg hafal al Quran, kini lebih kurang 1600 hafiz tlah lahir dr kalangan org kampung sendiri, tidak trmsk para santri (pelajar pondok). Dgn perantaraan dakwah, org kampung yg dulu xde minat pd agama mula dtg pd agama. Sehinggakan sekolah kebangsaan yg ada ditemboro dulu semakin lama semakin terpinggar krn penduduk kampung lebih cenderung menghantar anak mereka ke Pasentren Al Fatah utk menjadi hafiz dan alim sehinggakan kerajaan terpaksa menyerahkan sekolah itu kpd Pimpinan Pasentren Al Fatah, Kiyai Uzairon spy dijadikan pasentren cabangan Temboro. Disamping sibuk dgn usaha dakwah di surau masing2 dan keperluan utk keluarga, hampir semua penduduk kampung disini melapangkan sdikit masa mereka di pasentren walaupun mreka bkn santri (pelajar) tetap . 

Berkat dr pengamalan agama di sana Allah swt tlah menurunkan keberkahan dlm pertanian dan perusahaan disana sehinggakan mreka mampu menuai padi 2 kali stahun. Tanaman2 trutamanya tebu2 disini jg kini mgeluarkan hasil yg luar biasa. Bersesuaian dgn janji Allah swt dlm surah An Nahl ayat 97. "Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik."

Berikut adalah sirah pembangunan Pasentren Al Fatah dan kampung Temboro yg saya perolehi dr org lama disini. Sekiranya ada sbarang kesalahan dlm penyampaian maklumat, ia adlah dr kelemahan sy sendiri semoga Allah swt ampunkan sy. Semoga dapat kita ambil pelajaran dan iktibar. ★☆☆★ •○• ★☆☆★

1982 》 pd bln ramadhan Jemaah Pakistan 4 bln jln kaki tlah dihantar utk buat usaha agama di Indonesia. Bermula dr palembang hingga ke temboro. Mnurut org lama disini, stiap tempat persinggahan jemaah tersebut kini telah menjadi masjid dan markaz2 dakwah. Ketika jemaah pakistan tu sampai ke temboro, ayah Kiyai Uzairon, Kiyai Mahmud rah. kata "ada jemaah wali2 sdang pusing2 dlm kampung kita". Setelah melihat usaha yg dilakukan jemaah dr pakistan tersebut Kiyai Mahmud rah. lantas buat keputusan utk ke Nizamudin (Markaz Dunia) utk blajar mengenai usaha dakwah. Setelah pulang beliau telah buat byk perubahan spt penekanan kpd amalan sunnah, buat usaha ziarah pintu ke pintu dan hantar jemaah ke kampung2 jiran. Akhirnya ramai santri tlah dikluar dr pasentren oleh ibu bapa sdikit demi sedikit. Kata mereka Pak Kiyai sudah bawa ajaran sesat. Sebaliknya dr ratusan berkurang kpd puluhan kini meningkat ke belasan ribu santri asbab hidupnya usaha dakwah.

1987 》 Kiyai Uzairon ketika sdang blajar di Al Azhar mesir tlah mula bergiat dlm usaha dakwah bersama rekan2 dr arab dan pakistan di sana.

1990 》 jemaah pertama dr temboro bergerak ke solo, jawa. Kesannya org kampung dr sana mula suka dgn agama dan hantar anak2 mreka ke temboro utk blajar agama.

199X 》 jemaah masturat pertama dr thailand sampai maka bermulalah wanita2 di temboro pakai purdah. :- kesan dr dakwah yg dihdupkan oleh org2 pasentren dan masyarakat awam, org2 kampung pgnya ke sawah petangnya datang ke pasentren menghafal Al Quran.

1996 》 Kiyai Uzairon ke ijtima' pakistan bersama jemaah ulama dr madura, jumpa Hadzrat Mehji Mehrab rah. (Ulama besar dr tanah india). Kata Mehji Mehrab rah. di mewat (perkampungan yg pertama dihidupkan usaha oleh Syeikh Muhammad Ilyas rah.) kami tlah usahakan ke atas org buta huruf maka kesannya sgt luar biasa sehingga jemaah dr seluruh dunia yang Khuruj ke india minta utk dihantar ke Mewat utk blajar tertib dakwah dan sifat dr mreka, kalau di indonesia usaha dijlnkan bersama para ulama maka bayangkan apa hasilnya. selepas itu barulah jemaah 3hari, 40hari 4 bulan dikeluarkan secara berterusan dari Temboro ke dalam dan luar negara. Dulu org kampung baling batu kpd santri tp skarang org kampung manghantar anak mreka ke pasentren. Ada 23 surau disekitar temboro yg hidup dgn amal masjid Nabawi (Dakwah, ibadat, Taklim wa taklum & khidmat) dan pengeluaran jemaah dalam dan luar negara. Salah satu surau yg kami singgah baru saja menghantar jemaah 4 bln ke korea. Mlihat keadaan mreka yg sgt sederhana dr segi dunia tp begitu maju dr segi agama membuat kami insaf.

Hingga 2014 (24 tahun) usaha dijalankan kini seramai lebih kurang 14,000 santri membanjiri pasentren Al Fatah Temboro dan sluruh penduduk kampung amal agama sehingga boleh dikatakan 100% lelaki akil baligh solat secara berjemaah 5 waktu. Semoga Allah swt ambil kerja dr kita semua sbg mana Allah swt telah terima usaha dan pengorbanan para sahabat r.anhum.



santriwati temboro

3 Responses to "Temboro Oh Temboro"