Fikir Umat Maulana Ilyas hingga ke Kutub Utara

Ini kisah mengenai Maulana Ilyas RAH yg sangat ajib. Kisah ini diceritakan oleh seorang professor (aku tak ingat namanya) dari Alligarh University, UP, India yg beserta dgn jemaah dari Nizamudin yg dihantar khusus oleh elders sebelum Ijtimak Malaysia tahun 2009. Ketika itu jemaah ini diputus ke markaz JB utk pantau kerja-kerja di JB menjelang ijtimak yg akan berlangsung tak lama lg pada masa itu.

Dalam targhrib (nasihat) yg diberikan, professor ini menceritakan kisah ini. Suatu ketika di Alligarh University, beberapa org pentadbir dan professor universiti tersebut, yg juga terlibat dlm usaha dakwah tabligh telah menyuarakan hasrat utk menjemput Maulana Ilyas utk beri bayan (ceramah) dlm satu perjumpaan mingguan bersama pelajar. Ketika ditanya kpd para pelajar, sebhgian mereka bertanya apakah perlunya utk memanggil maulana kerana dia bukan ahli akademik dan dia hanya seorang maulana @ ustaz yg layak utk mengajar di madrasah. Namun sebhgian lagi bersetuju utk menjemput beliau. Maka akhirnya maulana pun dijemput datang beberapa hari kemudian.

Apabila maulana datang ke universiti, hanya sekitar 100 org yg hadir di dlm dewan walaupun ada ribuan pelajar di universiti tersebut. Yang datang pula telah bertanya kpd professor berkenaan apakah isi ceramah yg akan disampaikan. Professor menjawab "Kita dengar sahaja apa yg akan disampaikan".

Maulana telah bayan tentang 6 sifat sahabat. Maulana bayan dan bayan dgn penuh yakin. Semasa beliau sedang bayan, telah bangun satu org pelajar dan berteriak "Maulana...kami nak dengar cerita yg hebat. Bukan cerita ttg 6 sifat ini. Cerita 6 sifat dah berkali-kali kami dengar.." sambil disambut dgn ketawa sebhgian dpd pelajar itu. Tetapi maulana tetap meneruskan bayannya sehingga akhir tabpa mempedulikan telahan mereka. Setelah habis bayan, maulana tasykil para pelajar utk keluar 40 hari dan 3 hari pada cuti semesta yg akan menjelang. Ketika itu beberapa pelajar telah bangun dan beredar. Kemudian maulana meneruskan percakapannya dan berkata "Kalau kamu keluar di jalan Allah dan amalkan 6 sifat Sahabat ini, suatu hari nanti kamu akan dipilih oleh Allah utk pergi seluruh dunia sehingga ke kutub utara". Pelajar yg mendengar telah ketawa dan seorang pelajar tadi telah bangun lagi dan berteriak "Maulana dah gila! Takkan dgn amal 6 sifat ni boleh sampai ke kutub utara? You are a mad man!". Mereka semua pun ketawa. Professor dan rakan2nya telah meminta maaf ttg apa yg berlaku tetapi maulana hanya senyum sahaja dan maulana pun pulang ke Nizamudin.

Setelah sekian lama dan pada waktu itu Maulana Ilyas pun telah lama meninggal dunia, satu jemaah dari Nizamudin telah dihantar ke Greeceland, salah satu negara di benua kutub utara. Jemaah itu juga disertai beberapa org professor dari Alligarh University yg mana mereka juga antara bekas pelajar dari universiti itu tetapi tidak sezaman dgn Maulana Ilyas. Di Greeceland, mereka telah mencari orang Islam, khususnya mereka yg berketurunan India. Orang di sana telah mengatakan bahawa seorang ahli perniagaan terkenal di sini adalah berketurunan India. Maka 2 orang dari jemaah itu (salah seorangnya ialah professor dari Alligarh University itu) telah menjumpai ahli perniagaan tersebut. Beliau yg telah pun berumur 70-an ketika itu, mempunyai rangkaian supermarket terbesar di sana. Setelah mereka berjumpa, mereka telah memperkenalkan diri bhw mereka adalah jemaah dari Nizamudin dan mula bercerita sekitar 6 sifat Sahabat kpd 'businessman' tersebut. Terus 'businessman' itu mencelah "Adakah Maulana Ilyas masih hidup?" Kedua-dua mereka terperanjat dgn pertanyaan itu dan berkata "Tuan kenal dgn Maulana Ilyas?". Beliau menjawab "Ya. Aku pernah mendengar bayannya satu ketika dulu" dan beliau menceritakan apa yg telah berlaku. Dan dia telah mengaku bhw pelajar yg bangun dan mentertawakan maulana adalah dia. Lantas beliau berkata "The dreams of a mad man comes true" [Cita-cita orang gila itu (Maulana Ilyas) telah menjadi kenyataan]… 

Apabila beliau mengetahui bhw Maulana Ilyas telah meninggal dunia, beliau telah menangis dan menyesal atas perbuatannya dahulu. Kemudian, beliau telah bersama dgn jemaah itu dan menjadi 'rahabah' (penunjuk jalan), membawa jemaah utk berjumpa dgn orang Islam yg ada di sana. Akhirnya, beliau telah menjadi salah seorang penanggungjawab dlm usaha dakwah dan telah korbankan sebahagian dpd harta dan kekayaan beliau utk kemajuan Islam dan usaha dakwah di sana sehingga beliau meninggal dunia...

# Sahabat....Allah boleh gunakan sesiapa sahaja utk maksud agama syaratnya ada kemahuan dan sedikit pengorbanan. Perkara yg mustahil bagi kita tetapi tidak bagi Allah. Allah penentu segalanya... Jangan rasa penat dan jemu utk korban diri, harta dab masa utk agama, kerana itulah yg akan menjadi kebanggan kita di akhirat


menyeberang laut

0 Response to "Fikir Umat Maulana Ilyas hingga ke Kutub Utara"

Post a Comment