Ikrom Orang Bangladesh pada Jamaah Gerak

Dulu masa aku kuar ipb pes taing...thn 90-an..masa aku muda remaja..tgh encem..haha..

Tapi masa tu kat pinggir kota Dhaka Bangladesh. Jem kami ramai studeng lpsan U. Org dewasa 3 org je. Kami iktikaf kat satu masjid yg penuh sesak dgn rumah2 mcm setinggan di sekeliling. Ari pertama jemaah kitorang masak sendiri. Ada sorang pakcik ni suka nusrah jemaah kami. Dia pun kaki masjid dan suka bersihkan masjid. Bila kami makan kami pelawa dia dan dia pun makan sekali. Mlm pun dia iktikaf dgn kami. Hari kedua pun mcm tu. Sentiasa ikut program kami wlpun dia tak paham bhsa Inggeris satu habok. Tp dia teruja tgok kitorang anak2 muda datang dari Msia ke masjid dia.

Pagi ari ke 3 org tempatan bgtau pd amir jemaah mengatakan hari ni tak perlu masak sbb ada org tmpatan nak jamu mkn tghari. Amir sab pun setuju. Tghari tu pcik tu datang dgn bawak nasi lauk ayam masak kunyit mcm yg korang tengok kebiasaan Bangla kat sini makan tu.. Rasa boleh tahan la sodap gak..ada taste org Msia skit. Kitorang pon apa lg..pulun abis smpai licing talang.. Lps abis mkn, pcik tu kutip tulang2 ayam bekas kami makan tu masuk dlm plastik. Lps tu dia bwk balik..Talam semua pun dia yg bersihkan. Kita nak bersihkan dia tak kasik. Kita pun diamkan lah..

Lps zohor..aktiviti biasa sebelum membetulkan makhraj 'kha'...org tempatan akan bawak kitorang pusing2 buat khususi mulakat @ ziarah berdua2. Aku pun ikut satu rahabah @ org tempatan. Dia bawak aku pergi bbrapa rumah di satu lorong. Sampai satu rumah aku ternampak pcik tadi tu tgh amik nasi dalam talam nak makan dgn anak2 kecik dia yg usia dlm lingkungan 10 thn ke bawah. 2 lelaki 1 pompuan. Aku tengok gelagat mereka dari jauh tp pcik tu tak perasan. Masa tu rahabah tgok sibuk borak dgn kawan dia yg kebetulan lalu kat situ (iklan ada jem Msia kat masjid). Oleh kerana belakang rumah dia terbuka dan hanya dipagari dgn dawai shj, maka aku nampak mereka dgn jelas. Anehnya isteri dia tak nampak pulak. Jd aku perhatikan je lah.

Tetiba pcik tu keluarkan tulang2 ayam yg dia bawak balik dari masjid td. Aku ingatkan dia nak bg kat kucing ke..rupanya dia bg kat anak2 dia...Allah...aku terkejut dan aku tengok depan mata kepala aku sendiri anak2 dia nyonyot dan menjilat saki baki tulang yg dah tak brapa nak ada rupa tulang pun...sedih aku bukan kepalang...berjurai air mata aku tgok anak2 dia memakan sisa2 bekas makanan kami.. Aku tak boleh tahan..aku terus ajak rahabah balik masjid. Rahabah tanya aku kenapa.. Aku tunjuk ke arah rumah tu.. Rahabah pun tgok sekejap dan dia pun faham. Kami terus balik masjid.

Sampai di masjid, aku cerita dgn amir sab dan jemaah aku. Semua tercengang dan rasa bersalah kenapa kitorang makan semua ayam tadi. Kami tak ckp apa2...semua diam membisu. Takde tawa riang pd petang tu..

Sebelah malamnya, org tempatan bawa mknan lagi. Kami dah beringat. Makan sikit2 je lauk yg diberi. Bila kami makan sikit...org tempatan tanya kenapa tak habiskan. Kami pandang sesama sendiri.. Lpstu amir sab cerita dgn org tu kisah tghari tadi... Dia pun bersuara "Oo..pakcik tu.. Dia memang orang miskin. Tapi dia yg bersungguh2 minta kebenaran utk bagi mkn kpd jemaah kamu semua. Takpe lah..Dia redho.. Tuan2 doalah utk pcik tu.. Saya pun silap sbb tak bgtau awal kat tuan2...Tapi yg ni saya yg bawa. Kamu boleh habiskan semua..". Barulah kami rasa lega. Sejak dpd tu kami cukup berjaga2 bila ada org tempatan nak bg makan. Amir sab akan tanya dulu ehwal org yg nak bg mkn tu...

‪#‎Moral‬: Inilah sifat org di sana.. Walaupun susah, mereka tetap berusaha utk beri makanan yg terbaik utk tetamu wlpun mereka hidup dlm keadaan begitu dhaif sekali.. Pengalaman ni takkan ku lupa hingga akhir hayat. Nak rasa...kluar lah sendiri ke IPB!!!

Sumber FB

nabwagunz halaqah
Masjid di nabwagunz Dhakka

0 Response to "Ikrom Orang Bangladesh pada Jamaah Gerak"

Post a Comment