Bayan Maulana Saad (Tonggi ijtima 2016)

Bayan Maulana Saad(Tonggi ijtima 2016)

Perkara penting...
Usaha atas asbab dan mengharapkan hasil dr Allah tdk ada beza dgn org musyrik yg menjadikan perantaraan benda sambil mengatakan Allah yg bagi hasil.
Usaha atas amal dan harap hasil dr Allah adalah lebih banyak hasil, lama dan byk faedah.
Tetapi Maulana kata TINGGALKAN ASBAB ADALAH KEJAHILAN... KEJAHILAN.. KEJAHILAN

Kata Nabi s.a.w: Seorang suami yg berusaha mencari rezeki yg halal utk diberikan pada anak dan isteri akan bangkit di akhirat dlm keadaan mukanya bercahaya2.
Maulana ulang... Meninggalkan pekerjaan dan anak isteri bukan mujahdah. Bila tdk ada mujahadah.. Maka tdk ada hidayat.Ada pekerjaan, perniagaan dan dlm masa yg sama bg masa yg byk utk usaha agama adalah MUJAHADAH. Dan mujahadah ini menghasilkan hidayat.
Ambil terus dr khazanah Allah melalui perantaraan amal.

Nabi pesan pada sahabat.. Solat 2 rakaat sebelum pergi berniaga.
Yang salah kata Maulana Saad,....usaha atas asbab sehingga yakin dgn asbab dan meninggalkan amal... Lalu tinggalkan dakwah.

Usaha dgn amal dan harap pada Allah.Nabi pesan pada sahabat.. Solat 2 rakaat dan pergi berniaga.Bukan tinggalkan perniagaan. Tapi dgn amal solat 2 rakaat td Allah akan tunaikan janjinya.
Mentarghib org utk tinggalkan asbab utk dpt kan bantuan Allah.. Adalah.. KEJAHILAN.. KEJAHILAN.. KEJAHILAN.

Meninggalkan asbab bukan cara Nabi2 dan bukan cara sahabat2.Dlm Islam tdk ada rahbaniah.Iaitu cara hidup rahib.Ada isteri.. Ada anak.. Ada kerja... Tapi bg byk masa utk agama.. Itu mujahadah.. Dan akan hasil HIDAYAT.
Maulana Saad kata siapa lagi yg lebih kuat iman dia drpd Abu Bakar r.a.
Pd hari pertama dia jd khalifah, dia telah pergi ke pasar...
Org tanya dia kamu khalifah kenapa kamu berniaga..

Kata Abu Bakar r.a.. Sape akan uruskan keperluan anak isteri aku.Adakah iman Abu Bakar lemah kerana jawapannya ini.Maka umar r.a telah dpt kan dr baitulmal utk keperluan Abu Bakar r.a.
Jadi meninggalkan asbab bukan jalan nabi2 dan bukan jalan sahabat2...
Mereka usaha atas asbab TETAPI ASBAB MEREKA TDK MENGHALANG MEREKA DARI MAJU DLM USAHA AGAMA. Ni point utama....

Org yg ingat Allah bukan org yg berzikir pagi petang shj...
Tapi org yg ada peluang buat dosa, tapi dia tinggalkan dosa tersebut kerana takutkan Allah.. Maka dia lah org yg ingat Allah.
Utk dpt nusrah terus drpd Allah.. Adalah melalui dgn perantaraan amal.Mereka tawasul dgn amal2 mereka.

Maulana cerita pasal 3 org yg terperangkap dlm gua. Akhlaq,muamalat dan muasyarat.
Syarat pertama utk dpt kan pertolongan Allah ialah kosong kan hati kita drpd keyakinan kepada ghairullah termasuk malaikat.

Maulana bg kisah Nabi Ibrahim a.s dgn malaikat Jibril.
Musibah2, keburukan dan kerosakan umat ini tdk akan terangkat dgn amal2 solat, zakat puasa dan haji..
Melainkan apabila umat ini betulkan akhlaq, muamalat dan muasyarat.Maka kata Maulana itulah org yg ingat Allah... Bukan shj org yg zikir pagi ptg.

Kisah salah seorang dr 3 org dlm gua tu, dia tak jd buat maksiat dgn saudara perempuan dia kerana takut pada Allah, wlupun dia berpeluang utk buat maksiat.
Usaha sempurnakan solat. Tapi bersihkan harta kita drpd riba dan lain2.Bersihkan diri kita, Bukan dgn air shj.

Air hanya dpt bersihkan yg zahir shj. Betulkan taharah kita. Tapi bersihkan harta drpd yg haram termasuk dlm taharah.
Kerosakan yg berlaku di atas muka bumi ini adalah disebabkan amalan2 org Islam. Bersih kan guna air itu taharah zahir shj.

Bila pendapatan kita bersih, maka muamalat kita dan muasyarat kita akan bersih.
Apabila org Islam pergi jauh drpd Allah sampai satu tahap, maka Allah akan sentap dia dgn musibah.
Allah dtg musibah2 dlm perniagaan org Islam, dalam kerajaan org Islam, adalah kerana mereka telah langgar perintah Allah dlm kerja buat mereka..
Kita tengok, buat kira2 perniagaan kita pagi petang, tapi kita tak tengok akhlaq muamalat dan muasyarat kita pagi petang.

Sumber: Grup Kargozari Dakwah FB

tonggi map

1 Response to "Bayan Maulana Saad (Tonggi ijtima 2016)"