Pemabuk Catat Nama untuk 3 Hari pergi Fi Sabilillah

Ada seorang lelaki ni kehidupannya penuh dengan maksiat, siangnya sibuk dengan kerja dan malamnya akan dimanfaatkan dengan mabuk, mabuk, mabuk dan mabuk sehinggalah mabuk. Begitulah keadaan tu berlarutan setiap hari. Dan dengan takdir Allah, bukan kebetulan ya. 
Dalam dunia ni tak ada kebetulan, semuanya Allah dah tentukan. Ok, sambung balik. Ditakdirkan Allah, satu jemaah 40 hari telah keluar ke penempatan si Lelaki tadi tu. Jemaah ada disana selama 3 hari, selepas 3 hari jemaah akan pindah ke penempatan lain pula. Nak dipendekkan cerita. Jemaah telah keluar buat Gash (ziarah) dan ketika waktu dah nak masuk waktu maghrib, amir jemaah putus nak tangguh ziarah. Dan ditakdirkan Allah, lelaki yang mabuk tadi tu baru balik dari kerja dan nak masuk ke rumah. Jadi amir jemaah putus, untuk jumpa lelaki tu dan selepas tu baru tangguh. Jadi, mutakkalim (jurubicara) pun berbicara dengan lelaki tu, tukar fikir dunia pada fikir akhirat. Dan bila di tashkil (ajak) untuk turut serta dengan jemaah untuk solat maghrib jemaah sama-sama dan duduk dalam majlis fikir atas iman dan amal, lelaki tadi tu terus sedia untuk ikut jemaah. Bila lelaki tu dah zahirkan niat dia yang dia sedia, maka jemaah pun tunggu dia di luar untuk pergi sama-sama dengan jemaah.

Pemabuk Catat Nama untuk 3 Hari pergi Fi Sabilillah

Masa majlis bayan, lelaki tadi dengar dengan tawajuh. Dan bila Pembayan tashkil untuk ambil nama sesiapa yang sedia untuk keluar di jalan Allah, maka lelaki yang Pemabuk tadi tu telah beri nama dan sedia untuk bersama-sama dengan jemaah selama 3 hari. Jadi, lelaki tu pun balik selepas isya' dan telah bagitahu pada isteri dan anak-anak dia yang dia akan keluar ikut jemaah tabligh esok pagi lepas subuh selama 3 hari. Diceritakan isterinya dalam keadaan terkejut bila si lelaki tu cakap macam tu. Terkejut sebab tak percaya yang suaminya ni tak berkelakuan macam biasa dan lepas tu baru balik dari Surau. Dan, atas dasar taat. Si isteri tadi pun tolong kemas kemudahan untuk suaminya.
Apabila tengah malam, dalam pukul 3-4 pagi macam tu, si lelaki yang pemabuk tadi telah kejutkan isteri dan anak-anak dia untuk solat tahajud. Jadi, dengan penuh kehairanan dan pelik, si isteri pun terkejut dengan perubahan suaminya tadi. Tak pernah-pernah tunaikan solat sunat, apatah lagi yang wajib. Atas dasar taat, si isteri dan anak-anak pun ikut apa yang si suami/lelaki tadi tu suruh. Dan diceritakan, selepas habis solat tahajud tu, lelaki tu telah pesan kepada isterinya supaya kejut sebelum subuh sebab waktu nak tunggu subuh masa tu lambat lagi, jadi si lelaki ni tadi pun tidur dulu sementara menunggu waktu subuh.
Bila, waktu subuh dah semakin hampir. Si isteri pun kejutkanlah suaminya tadi, ditakdirkan Allah swt. Lelaki tu tak bangun-bangun. Lelaki tadi telah pun meninggal. Dan dalam keadaan yang macam tu pembaca semua pun fahamkan macam mana keadaan keluarga tu. Jadi, untuk bahagian yang tu saya skip kan.
Dipendekkan cerita, amir jemaah yang ikram (iktilad) lelaki tadi tu pun pelik. Kenapa lelaki yang semalam tu tak datang sebab jemaah nak gerak lepas sarapan pagi. Jadi, jemaah pun telah dihantar ke rumah lelaki tadi tu untuk menjemputnya ke Surau. Bila mana jemaah sampai, kediaman tersebut ramai dengan kehadiran orang. Pembaca pun fahamkan keadaan masa tu macam mana. Jadi, saya skip bahagian yang tu.
Bila jemaah dapat tahu yang lelaki tadi telah meninggal. Maka amir jemaah telah datang ke rumahnya untuk ziarah. Bila mana sampai saja, amir jemaah terus pergi ke mayat lelaki tadi tu, dan dengan hidayah dari Allah, maka terpancullah "SUBHANALLAH" dari mulut amir jemaah tadi kerana mayat lelaki tadi dalam keadaan yang berseri-seri dan tersenyum. Amir jemaah menangis.
Kemudian amir jemaah telah tanya pada isteri lelaki yang mati tu. Apakah amalan dan macam mana kehidupan suami kamu semasa hidupnya? Diceritakan, si isteri pun menceritakan tentang perlakuan suaminya tu seperti mana yang saya ceritakan di awal tadi. Dan juga telah diceritakan perlakuan suaminya tu pada malam sebelum kematiannya tu.

Related Posts :

0 Response to "Pemabuk Catat Nama untuk 3 Hari pergi Fi Sabilillah"

Post a Comment