Salam 1 ummat dari kami Jemaah Masturat seramai 3 pasang di bumi Kyrgyzstan. Begitu cepat sekali masa berlalu. Sedar tak sedar dah 23 hari kami di sini. Terasa ingin berkongsi pengalaman selama kami di sini.
Untuk pengetahuan semua bumi Kyrgyzstan ni adalah salah sebuah negara yang satu masa dulu berada di bawah jajahan soviet selama 70 tahun. Selama tempoh tersebut ummat Islam di bumi ini tak dibenarkan amal agama, belajar agama dan dakwahkan agama.
Lebih kurang sekitar 80 hari jemaah dri Pakistan dihantar ke Kyrgyzstan. Pada mulanya jemaah yang datang hanyalah duduk menangis di hotel tanpa buat apa2 pun. Mereka dikawal sepenuh2nya. Namun jemaah yang sama dihantar berkali kali sehinggalah dengan kehendak Allah bumi Kyrgyzstan telah merdeka dari penjajahan komunis soviet pada tahun 1991. Dari tahun tersebutlah orang dari Kyrgyzstan telah mula keluar ke jalan Allah SWT untuk usaha atas iman mereka dan ummat.
Kini dah masuk tahun ke 24 usaha dakwah tumbuh di bumi Kygyzstan ini. Alhamdulillah sekarang ini di Bishkek yang merupakan ibu Negara Kygyztan terdapat 3 madrasah yang besar dikelolakan oleh rakan usaha dakwah yang tenaga pengajarnya kebanyakannya lepasan Raiwind Pakistan.
Apabila kami tiba di sini jemaah kami telah diberi penerangan tentang gerak kerja di sini. Kami jemaah luar negara di nasihatkan untuk buat usaha tertib makki(buat usaha secara sembunyi). Kami pihak lelaki tak dibenarkan solat berjemaah di masjid. Solat jemaah di rumah dan xdibenarkan berada di luar rumah kerana KGB (penyiasat rusia) sentiasa berkeliaran di mana2. Juga tak dibenarkan orang2 tempatan untuk datang beramai2 di rumah kami jemaah lelaki menginap.
Usaha masturat2 kami macam biasa di rumah rakan seusah di sini. Sangat luarbiasa semangat saudara2 islam kita di Kyrgyzstan ni. Dalam setiap majlis bayan masturat kehadiran mencecah 50 - 60 orang. Ahlia2 kami terpaksa berbahasa isyarat dengan wanita2 di sini. Mereka sangat bersemangat untuk mendengar bicara agama dari ahlia2 kami. Alhamdulillah ada juga di kalangan mereka yang tahu berbahasa english.
Adapun usaha kami jemaah lelaki setiap hari diadakan 6 hingga 10 majlis bayan. Mereka akan kumpulkan lelaki2 mereka di mana2 rumah dan kami akan pergi ke sana untuk bagi penerangan agama dan usaha agama. Subhaanallah sangat tinggi semangat mereka. Di setiap majlis kadang mencecah 100 org lelaki akan kumpul.
Usaha masyarakat tempatan di sini sangat mengghairahkan. Walaupun mereka mendapat tekanan dari pihak kerajaan tempatan dan juga dari Rusia tapi mereka tetap bersemangat menjalankan usaha dakwah. Boleh dikatakan kebanyakan masjid mereka adanya amal dakwah. Dengan sebab usaha yang mulia ini kami di ikram dengan makanan dan tempat tinggal yang selesa. Subhaanallah.. inilah keberkatan usaha agama. Walaupun mereka tidak mengenali kami tapi kerana hubungan persaudaraan dan usaha agama kami mendapat sambutan yang sangat luarbiasa.
Sekarang ini jemaah kami sedang bergerak di Negeri Osh kira2 sejauh 700km dari Bishkek. Osh ni bersempadan dengan Ozbekistan di mana terdapatnya negeri Bukhara tempat lahirnya Imam Bukhari rahmatullah alaih. Sangat menyedihkan kami apabila mendapat tahu usaha agama dan penampilan agama langsung tidak dibenarkan di Uzbekistan. Lelaki muslim di sana tidak dibenarkan memakai kopiah dan juga menyimpan janggut. Jika didapati berbuat demikian mereka akan ditangkap dan dipenjarakan. Mesyuarat usaha dakwah terpaksa dibuat di restoran dengan meletakkan botol arak di hadapan untuk mengkaburi mata penyiasat2 kerajaan.
Sepanjang kami berada di sini telah banyak yang kami lihat perubahan telah berlaku dalam kehidupan ummat islam hasil daripada usaha dakwah. Jemaah demi jemaah terutamanya jemaah mastrat perlu dihantar lagi dan lagi ke bumi kyrgyzstan ini.
Apabila berada di situasi ini kami sangat merasakan betapa besarnya nikmat agama dan usaha agama di Malaysia. Kita boleh terima jemaah yang datang dari mana2 pelusuk dunia tanpa ada apa2 halangan. Tetapi sayangnya peluang tersebut tidak digunakan sepenuhnya. Semoga Allah SWT memberi taufiq kepada kita semua untuk terus maju dalam membuat pengorbanan untuk agama dan usaha agama.
sumber

foto ilustrasi |
Assalamualaikum wrmt wbrkt,
ReplyDeleteNama saya Amirul Ariff Bin Abdul Wahab. Saya sekarang berada di Osh, Kyrgyzstan dan ingin mencari markas tabligh disini tapi tak dapat ditemui. Boleh saudara/saudari beri saya rujukan alamat markas atau seseorang yang boleh berikan saya info?
InshaaAllah.