Mohammad Alfi Syahmi
.Maaf kan anak mu kerna Anak Mu Hanya seorang Jemaah Tabligh.
...
Suatu kisah di sebuah majlis keramaian yang di hadiri oleh golongan-golongan bangsawan, hartawan dan duniawan...
Begitu mewah dan meriahnya majlis itu..
Ada tetamu yang datang bersama pasangan, bersama teman dan ada yang datang bersama keluarga... berpakaian dengan serba cantik dan mahal.... para tetamu begitu rancak berbual bertukar-tukar cerita dan bergambar..
..........
Salah seorang tetamu yang hadir ialah Muhammad Ali atau lebih di kenali sebagai Ali Masjid. Ali hadir ke majlis berkenaan bersama kedua ibu bapanya. Dato Nizam dan Datin Maimunah. Nama masjid melekat pada beliau kerana semenjak habis SPM dia banyak habiskan waktu di masjid..
Sibuk mengimarahkan Masjid dengan Dakwah taklim zikir ibadat dan Khidmat bersama beberapa rakannya..
Beliau tidak punya kerjaya dunia yang hebat.. beliau hanya membantu temannya menjual burger di seberang jalan masjid pada waktu malam.. Alhamdulillah sedikit upah yang diterimanya mencukupi untuk dia sebagai seorang remaja .. beliau juga menerima sedikit bayaran sebagai siak oleh pihak masjid.. pada mulanya beliau tidak mahu menerima bayaran itu. Tetapi beliau telah muzakarah ehwal itu pada ustaz dan orang alim.. maka dia terimalah bayaran itu. Tetapi sebahagian bayaran itu dia akan infakkan pada masjid dan pada Jalan Allah...
.........................................
Ketika di majlis.. Ali hanya berpakaian kurta putih berseluar singkat dan berkopiah putih.. tak lupa juga kain serban yang dibeli ketika himpunan dakwah di markaz seri petaling di letakkan dibahunya... ketika mana Ali bejalan masuk ke dalam majlis para tetamu tertumpu kepadanya.. beliau kelihatan asing dan berbeza dari tetamu lain.... mungkin beliau berpakaian tak menepati tema majlis...
Ali mengambil tempat duduk.. meja makan bulat yang menempatkan 9 orang yang telah di khaskan untuk dia dan kedua ibu bapanya.. ada juga keluarga kawan ayahnya Dato Jamil bersama Isterinya Datin Fatimah dan anak mereka Yazid yang kini sedang menyambung pelajaran sebagai seorang engineer di Austria.. dan turut bersama di meja itu Dato Hassan dan Datin ketty bersama Anak dara perempuannya Melissa yang baru menamatkan pelajarannya sebagai seorang profesional fashion designer di US.. Melissa kelihatan begitu bergaya sekali.. dengan rambut ikal mayangnya yang berwarna perang, solekannya yang cantik dan pakaiannya yang boleh mencairkan setiap mata lelaki yang menatap.....
"Apa khabar Dato Nizam lama tak dengar khabar, dalam whatsapp group senyap je"
Sapa Dato Jamil memulakan perbualan..
"Alhamdulillah Sihat.. sibuklah sejak kebelakangan ni dato.. tak sempat nak jengah group... Dato apa khabar?? "
"Sihat-sihat gitulah, saya sibuk juga sekarang ni banyak projek kat oversea,
balik KL ni pun sebab ada majlis ni kebetulan pulak si Yazid ni ada urusan kat sini.. Maklumlah akan bergelar engineer.. banyaklah syarikat yang berebut" balas Dato Jamil.
"Baguslah kalau macam tu cerah masa depan" Datin Ketty mencelah perbualan mereka...
"Haa Dato Hassan dengan Datin Ketty pulak apa cerita.. baru-baru ni dengar cerita Melissa dapat first place masa fashion competition di US.. jadi Viral kat FB tu" , ujar Dato Jamil sambil menenghirup teh suam yang telah dihidangkan oleh pelayan sebentar tadi..
"Kami sekeluarga ok je .. saya pun memang dah jangka Melissa mesti menang punya maklumlah tengoklah anak siape" Ujar Datin Ketty dengan penuh rasa bangga.
Kesemua mereka yang berada di meja itu bergelak ketawa sambil menjamu hidangan yang lazat yang dihidangkan...
Ali hanya tersenyum melihat telatah mereka sambil cuba menghabiskan daging panggang di dalam pinggannya sedikit demi sedikit.. Ali tak berapa pandai makan menggunakan sudu dan garfu.. dia sudah lama terbiasa makan dengan tangan meskipun beliau berada dalam keluarga yang kaya raya..
" Haaa Ali pulak apa cerita masih dok jadi kutu lepak depan masjid lagi ke" sampuk Datin Ketty.. Keluarga Dato Nizam tersentak dengan pertanyaan sebegitu..
Malu mula menghiggapi Ali dan kedua Ibu Bapanya...
Ibu Ali Datin Maimunah Mula bersuara.. "Hmm Ali ni ada kata dia nak sambung belajar tapi tak sedia lagi".. Ali tahu bahawa ibunya ingin meleraikan perasaan malu yang sedang menyelubungi mereka.. Ali tahu kedua ibu bapanya sangat tidak suka apa yang dilakukannya sekarang.. dia hanya mengaibkan keluarganya.. keluarga orang lain berbangga-bangga dengan anak mereka berjaya itu dan ini.. dan dia hanyalah siak masjid. Pernah suatu ketika ibunya berbohong dengan mengatakan Ali mempunyai bisnes di luar negara semata-mata untuk menyembunyikan ehwal sebenar ali..
Selesai majlis mereka pun pulang..
......................................
Ketika perjalanan pulang di dalam kereta..
"Apalah nasib kita ni bang.. dapat anak malas belajar.. duduk masjid je.. pastu petang-petang.. pegi rumah jiran-jiran ajak pegi masjid... malu saya bang... tengok macam anak orang lain belajar bagus-bagus.. terkenal kat luar negara.. anak kita sorang ni dah macam hape dah.. buat letih kita bela je.. Rungut datin Mainunah .
"Entahlah ayah pun tak tahulah.. macam2 nasihat dah bagi kat ko ni Ali.. ayah dah offer ko keje ngan ayah ko tak nak.. ayah offer belajar kat england ko tak nak... yang ko nak tabligh, tabligh tabligh.. kolot semua tu.. malu ayah depan kawan-kawan ayah...
Ali hanya membisu.. peritnya hati Ali hanya Allah yang tahu.... Ali sedih kerana dia telah mengecewakan kedua ibu bapanya .. dia serahkan segalanya Pada Allah kerana Allah lah tempat dia mengadukan keluh kesah yang ada di dalam hatinya...
.................................
Jam menunjukkan 4.30 pagi . Ali telah bangun dari tidur untuk menghabiskan Amal di malam hari dengan tahajud.. Selesai bersiwak dia berwuduk.. selesai wuduk dia menunaikan beberapa rakaat solat tahajud solat taubat dan solat hajat dia mengakhiri ibadah malamnya dengan solat witir.. selesai salam solat witir dia pun menadahkan tangannya dan berdoa..
"Wahai Allah engkaulah tuhan yang menciptakan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi... kau maha tahu ya Allah..
Tangan yang sedang menadah ini tangan pendosa ya Allah. Mulut dan lidah yang sedang berbicara ini mulut seorang pendosa ya Allah... engkaulah tuhan yang maha baik, maha penyayang.. engkaulah tuhan yang maha pengampun.. kau ampunilah dosa Hamba mu ini Ya allah..
Ampunilah dosa Hamba yang telah lalu dan yang akan datang.. pandanglah hamba dengan rahmat mu ya Allah..
Jangan kau palingkan hamba dari agama ya Allah.. ya Allah kau maha tahu.. aku punya kedua ibu bapa ya Allah.. kau juga maha tahu betapa aku sayang pada mereka ya Allah.. susah di atas susah mereka membesarkan aku.. perit sakit mereka untuk aku .. mungkin kerna lelah mereka membesarkan ku mereka telah mengabaikan perintah Mu.. kau ampunilah mereka Ya Allah... kalau kau tak ampunkan mereka siapa lagi nak ampunkan mereka Ya Allah.. ya Allh aku tak sanggup melihat kedua ibu bapaku di humban ke dalam neraka.. ya Allah.. asbab amalanku yang sangat sedikit ini.. kau catitkanlah amalan yang baik untuk mereka ya Allah..
Ali tidak dapat menahan air matanya lalu dia menangis seperti anak kecil memohon dan merayu di hadapan Allah...
Ali menyambung doanya lagi
"Wahai Allah.. meskipun aku tidak layak untuk syurga Mu.. biarlah aku yang memimpin tangan kedua ibu bapaku ke syurga Ya Allah... ya Allah beri mereka hidayat ya Allah... jangan kau marah mereka ya Allah.. ya Allah aku sayang mereka ya Allah.. .
Di dalam keheningan malam Ali mendengar ada juga tangisan yang mengiringi doanya...
Apabila dia berpaling ke belakang alangkah terkejutnya beliau melihat kedua ibu bapanya juga turut sama menadah tangan dan menangis ...
Kedua ibu bapanya terus memeluk Ali
..
Sekeluarga menangis ..
Maafkan mak Ali.. mak sangka buruk pada kamu.. kalau lah mak tahu ini doa kamu untuk mak.. Mak akan banggakan nama kamu depan kawan2 mak...
Kata datin maimunah sambil menangis..
Maafkan ayah jugak Ali.. ayah selama ni benci dengan tabligh yang ali ikut ni...rupanya inilah risau dan fikir ali untuk kami maafkan ayah Ali...
"Mak ayah.. Mak ayah tak salah.. yang salah nya Ali.. Ali buat mak ayah malu
.. Maafkan anak mu kerna Anak mu hanya seorang jemaah tabligh....
Alfi a.k.a Bhai Abou Bakr 23 september 2015
Disalin dari grup WA Dakwah dan Tabligh
Bisa dilihat di https://m.facebook.com/groups/736062129795192?view=permalink&id=905302042871199&refid=18&_ft_=qid.6197706550219031637%3Amf_story_key.905302042871199%3Atl_objid.905302042871199
0 Response to "Maafkan Anakmu Karena Tabligh"
Post a Comment