Tuhan Beri Aku Hidayah – Iwan , Penyanyi Dangdut dari Malaysia

Iwan syahman yang dulu terkenal dengan Iwan Dangdut dengan lagu yang hits "WULAN" ... Asbab dakwah merubah hati beliau ... HidayahMu Ya ALLAH ...

Penyanyi Dangdut dari Malaysia


DI usia 45 tahun, Wan Syahman Wan Yunus, 50, diberikan hidayah untuk mengubah kehidupannya menjadi seorang insan yang taat kepada perintah dan suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.

Kata insan seni yang lebih dikenali sebagai Iwan, segala kealpaan duniawi yang pernah melingkunginya selama berada di puncak kemasyhuran, dibuangnya secara perlahan-lahan.

Sekalipun diberi jolokan Raja Dangdut dan pernah memiliki kelab malam di Pulau Mutiara suatu ketika dahulu, Iwan mengakui dia tidak menyesal meninggalkan segalanya untuk menjalani satu kehidupan yang diredai dan dirahmati Allah SWT.
Iwan bersyukur asas agama yang ada dalam dirinya memudahkannya untuk lebih mendalami Islam yang syumul ini.

Kata Iwan, ketika usianya 11 tahun, dia telah khatam al-Quran di kampungnya, Asahan, Indonesia.

“Sudah tiba masanya saya bertukar arah dan membuat persiapan untuk ke depan, yang akhirnya kita semua akan ke situ juga (mati).

“Dalilnya perubahan yang saya alami dapat dilihat melalui pakaian yang saya pakai hari ini dan perubahan rohani pula, saya belajar dengan ustaz dan mengikut tabligh.
“Saya sedar bahawa Allah itu maha penyayang kerana dia memberi saya kesempatan untuk kembali ke jalan yang diredaiNYA,” katanya kepada S3.

Dua kali mengalami kegagalan dalam rumah tangga turut memberi Iwan kesedaran untuk muhasabah diri.

Jodoh kali ketiga bersama gadis sekampungnya, Evie Surriyanti, 25, dikurniakan seorang puteri, Wan Nur Symayyah yang kini berusia 15 bulan.

Pencarian ke jalan Allah, kata Iwan, bukan semata-mata untuk dirinya tetapi juga mencakupi seluruh umat Islam.

Justeru bersama kumpulan tablighnya, Iwan memberitahu, dalam sebulan, dia akan keluar selama tiga hari untuk berdakwah dari rumah ke rumah

0 Response to "Tuhan Beri Aku Hidayah – Iwan , Penyanyi Dangdut dari Malaysia"

Post a Comment