Adab-adab Jaulah

ADAB - ADAB GASHT

1 - Penerangan mengenai kepentingan dan kelebihan amalan gasht hendaklah diberi oleh salah seorang ahli jemaah yang agak berpengalaman

2 - Jemaah gasht hendaklah terdiri dari sekurang - kurangnya 3 orang dan sebaik - baiknya 10 orang.
Tiga orang yang terpenting ialah Amir , Rahbar , dan Mutakallim.

3 - Beberapa orang perlu berada didalam masjid untuk menghidupkan beberapa amalan yang akan menguatkan jemaah gasht iaitu :
i - Istiqbalb. : Penyambut Tertamu
ii - Taqrer. : Menceritakan sesuatau yang memaikkan semangat agama .
iii - Zikir : Berzikir dan berdoa memohon pertolongan Allah swt

4 - Semasa hendak keluar gasht hendaklah berdoa memohon keampunan dan pertolongan dari Allah swt. Sesudah berdoa maka berangkatlah kerumah - rumah yang berhampiran dan kedai - kedai dengan membawa empat sifat
Zikir
Fikir
Syukur
Sabar

5 - Berjalan disebelah kanan jalan, berdua- dua sekiranya memungkinkan dan sambil menundukkan pandangan

6 - Sempurnakan hak - hak jalan , seperti sebarkan salam , membuang benda yang menghalang perjalananan dan mencegah kemungkaran.

7 - Jangan sekali - kali membiarkan hati kita tertarik kepada alam kebendaan kerana jika hati kita tertarik pada kebendaan nescaya gasht yang dijalankan tidak akan mendatangkan kesan kepada yang diziarahi

8 - Ketika berjalan hendaklah sentiasa merenungkan alam kubur yang mana setip orang pasti menempuhinya dan azab bagi mereka yang tidak perintah - perintah Allah swt

9 - Ketika berjalan janganlah bercakap - cakap dan berbuat sesuatu yang melanggar tertib gasht seperti memetik daun kayu , mengusik anak - anak dsbnya.

10 - Jangan memandang kesana kemari ( melingas pandangan mata ) dan jangan memandang benda - benda kepunyaan orang lain , anggaplah itu semua akan kembali kepada tanah akhirnya.

11 - Rahabar hendaklah memberi salam dengan suara yang terang , sekira - kira orang didalam rumah dapat mendengar dengan jelas . Jika selepas 3 kali memberi salam, tiada kedengaran jawapan salam maka beredarlah dengan sangka yang baik.

12 - Jika keluar seorang wanita , maka rahabar segera beri iklan supaya orang lelaki dapat datang ke majlis yang akan diadakan

13 - Sebaik - baik mutakallim ialah yang berbicara secara ringkas tetapi dapat menarik orang secara tunai ke masjid

14 - Mutakallim hendaklah berbicara secara hikmah mengikut keadaan orang yang ditemui . Sampaikanlah berita - berita yang mengembirakan sahaja dan tidak kepada berita - berita ancaman atau berita azab.

15 - Mutakllim hendaklah memgujudkan suasana kemeseraan seolah - olah baru berjumpa seorang kawan yang sudah lama tidak ditemui

16 - Jemaah hendaklah memberi tawajjuh kepada mutakallim semasa dakwah dijalankan dan anggaplah mutakallim sedang bercakap dengan mereka.

17 - Ahli jemaah hendaklah dipilih dari mereka yang mahir dan boleh mematuhi adab dan usul amalan gasht.

18 - Jika berlaku sesuatu masalah , maka serahkanlah kepada amir gasht untuk menyelesaikannya sementara ahli jemaah yang lain hanya nerzikir dan tawajjuh kepada Allah swt

19 - Semasa pulang ke masjid , semua ahli jemaah hendaklah beristighfar kerana disebabkan kelemahan kita maka gasht tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

20 - Amalan gasht hemdaklah dijalankan sekurang - kurangnya 45 minit sehingga 1 jam dan jemaah hendaklah pulang ke masjid kira - kira 10 minit sebelum masuk waktu solat supaya setiap jemaah dapat solat dengan takbiratul ' ula.
( Sekiranya hendak mengetahi lebih lanjut kenalah keluar lagi dan lagi )

0 Response to "Adab-adab Jaulah"

Post a Comment

Google+ Followers