Bagaimana Usaha Dakwah Tabligh Berlangsung Di Israel

Pada tahun 2003 satu jemaah MALAYSIA telah keluar ke india dan telah berjumpa dengan jemaah Arab dari Israel. Satu pertanyaan diajukan oleh jemaah malaysia, bagaimanakah usaha dakwah dan tabligh bisa berlangsung di negara Israel secara Madaniyyah (terbuka) dan terdapat 4 markas tabligh di sana sedangkan orang Arab di Palestina diancam dan disiksa dengan keras oleh orang Israel sementara di Palestina terdapat 5 markas?

bagaimanakah usaha dakwah dan tabligh bisa berlangsung di Palestina


Jawab mereka, ”Orang Yahudi adalah pakar dalam soal kitab samawi termasuk Al-Quran dan Al-Hadits Nabi. Mereka tahu yang mana benar dan yang mana salah dan mereka tahu usaha Agama yang mana mendapat bantuan Allah SWT dan yang tidak memperolehinya. Maka mereka tidak berani mengganggu orang-orang yang membuat usaha dakwah dan tabligh kerana dengan mengganggu orang-orang ini bermakna menarik azab Allah SWT dan balaNya ke atas mereka sendiri, sebab itulah mereka dibiarkan bebas. Sedangkan pergerakan lain yang radikal diberantas dan disiksa habis-habisan kerana mereka tahu cara mereka salah dan tiada bantuan Allah SWT bersama mereka itu”

Suatu ketika, beberapa rekan seusaha sedang menjalani usaha jaulah/ghast/ziarah, mereka telah ditahan oleh tentara yahudi untuk meneruskan perjalanan mereka, tetapi mereka berpendirian tetap dan tekad untuk terus pergi. Akhirnya seperti biasa dengan sifat zalim yahudi, tentera itu telah menodongkan senapan mesin mereka ke arah jemaah tetapi peluru tidak keluar setelah ditekan tetapi apabila diarahkan ke atas, peluru bisa keluar tetapi apabila ditodongkan kembali ke arah jemaah peluru tidak keluar, bila diarahkan ke arah lain peluru keluar. Peristiwa itu telah dibawa ke pihak atasan Israel dan mereka telah faham golongan ini adalah golongan haq, mereka mengeluarkan arahan supaya jemaah tabligh tidak dihalang lagi.

Karkuzari dari jemaah Palestina yang keluar 1 bulan di Malaysia. Mereka datang ke tempat saya di Ipoh, Taman Meru. Di antara karguzari mereka, mereka tinggal dalam kawasan Hebron, yaitu betul-betul dalam tembok. Ada seorang dari ahli jamaah yang belakang rumahnya pintu dapur menghadap ke tembok. Menurut mereka, di sana, walaupun mereka berada dalam kepungan Yahudi laknatullah, namun, bagi umat Islam yang benar-benar amal agama, dan beriman dengan penuh yakin, dan ada buat usaha iman, Masturat-Masturat yang usaha atas iman dan amal serta tututp aurat dengan sempurna, bila akan diadakan pemeriksaan, maka tentara Yahudi lelaki jangankan memeriksa para masturat, pandang pun tidak mau. Sebaliknya, mereka suruh tentara perempuan mereka yang buat pemeriksaan. Allah pelihara masturat-masturat yang tutup aurat dengan sempura dan beriman amal ikut cara Nabi saw, walaupun mereka berada dalam kepungan musuh sekalipun. Manakala lelaki yang buat usaha atas iman dan amal pula di sana, Rabbai (pendeta2 yahudi) sendiri akan larang tentara yahudi dari coba berbuat sesuatu kepada karkun. Kiranya, memang tidak di sentuh lansung. Jadi, semua penyelesaian kesusahan, hanya ada dalam iman dan amal saja. Sampaikanlah berita gembira ini pada masturat-masturat di tempat anda. Bergembiralah kerana kita di pilih Allah untuk buat kerja, dan bagi masturat, sebagai tulang belakang suami yang buat kerja.

Ada satu laporan pula apabila satu jemaah telah ditangkap oleh sepasukan tentara Israel di Palestina. Amir jemaah telah dimasukan ke dalam kantor pegawai yg bertugas dan ditanya kenapa mereka ke Palestina, adakah mau melawan Israel…? Dengan tenang amir jamaah menjawab, tidak, kami tiada bawa apa-apa, hanya bawa peralatan tidur dan memasak saja, kami ke sini utk sampaikan kalimah Lailahaillah Muhamadarasullullah.. lalu pegawai Israel itu pun memperlihatkan sesuatu dari komputernya lalu menunjukan layar komputer tersebut kepada amir jamaah. Pegawai itu bertanya lagi, adakah anda mengusahakan 6 point ini..? Yaitu 6 sifat para sahabat yg diusahakan oleh setiap ahli jamaah… yaitu ( kalimahThayyibah, shalat khusyu’ dan khudu’, ilmu dan zikir, ikhlas niat, ikram muslimin, dan dakwah ) amir dengan penuh keheranan berkata, Ya, kami ushakan atas sifat-sifat ini tetapi bagaimana kamu tahu. Pegawai itu menjawab, kami telah lama menyelidiki tentang golongan kamu, jika semua umat Islam usahakan apa yg kamu usahakan pasti kami akan binasa……

Ini hanyalah beberapa karguzari atau laporan tentang usaha yg dibuat golongan ini adalah sesuatu yang hak, bukan sesat atau bid’ah yang divonis oleh segelintir orang. Jika tuan-tuan masih ragu, shalat Isthikharahlah dan berdoa jika ini jalan yg bathil maka musnahkanlah jalan usaha ini, jika benar, berdoalah semoga tuantuan juga diberi hidayah oleh ALLAH untuk membuat usaha agama ini.

Nasihat M.Saad Kandhalawi db di Markaz Banglawali baru-baru ini.

Beliau menyatakan dengan jelas bahawa agama tidak akan datang berdasarkan individu. Ummat akan bersatu dan datang kepada agama seperti terdapat dalam al-quran dan sunnah melalui satu jalan iaitu mengkaji kehidupan para sahabat r.hum ajmain.
Oleh itu setiap orang perlu berusaha membaca Hayatush Sahabah. Setiap hari mengadakan halaqah taklim dan selalu mendengar hadith dari Muntakhab Hadith.
Setiap orang hendak melazimi duduk dalam halaqah para ulamak dan belajar daripada mereka.
Beliau juga menekan bahawa setiap orang membaca terjemahan dan tafsir al-quran.Sekurang-kurangnya tahu terjemahan dan tafsir dari surah-surah yang anda biasa baca.


0 Response to "Bagaimana Usaha Dakwah Tabligh Berlangsung Di Israel "

Post a Comment