Terkesan Anak China di Ijtima Tongi 2016

Terkesan lihat anak-anak dari negara china. Mereka sentiasa menghafal Al-Quran di waktu lapang. Paling terkesan mereka sanggup belajar di madrasah negara bangladesh yang zuhud. Malam-malam mereka bergilir jaga khemah kami yang ramai orang china,turki, europe, iran, tajikistan.

Malam-malam mereka buat syif menyambut semua tetamu yang baru sampai. Mereka bantu khidmat orang tua-tua. Berlari carikan selipar yang kadang-kadang salah letak. Ya Allah hanya tangisan melihatnya. Rindukan isteri dan anak-anak di rumah. Rindukan makayah tercinta. Ya Allah berilah kebaikan dan pengorbanan ibubapa dan anak-anak ini sedikit kepada kami dan anak-anak kami.

Ibubapa mereka didik anak dengan Islam. Mereka bangun tahajud awal dan siapkan air panas buat bapa mereka yang datang ijtimak sambil menziarahi anak mereka dari china. Sentiasa beri salam. Peramah dan baik..

Duduk dalam khemah ramai orang dari china ni rasa nak menangis sebab ramainya mereka Islam. Sedih teringat europe, korea,jepun yang mejoriti belum Islan. Ya Allah....bantulah kami..

Teringat Umar Abdul Aziz rah yang memiliki 15 orang anak. 3 perempuan dan 12 lelaki. Ketika beliau meninggal dia tidak tinggalkan walau sesen atau harta buat anaknya. Ramai orang hairan dan ada yang marah. Katanya aku telah ajar mereka Islam dan Takwa. Allah jaga mereka. Jika mereka tiada Islam harta akan merosakkan mereka.

Takdir Allah ketika zaman selepasnya pemerintah memilih gabenor berdasarkan ilmu dan takwa yang ada dalam diri mereka. 9 anak Umar Abdul Aziz rah menjadi gebenor. Dan satu hari negara memerlukan sumbangan. Anak Umar Abdul Aziz rah setiap orang telah memberi 500 ekor kuda kerana Allah.

Terimalah kami dan anak-anak kami jaga solat awal waktu dari kecil. Belajar hafal Al-Quran. Mencintai Rasulullah saw dan sunnah. Suka tahajud dan dhuha. Jadi Daie buat dakwah seluruh alam.
Kata seorang alim sahabat rhum Daie pendakwah, mereka alim sentiasa belajar ilmu, dan mereka peniaga dan rajin berusaha dan bekerja-ebit lew

Sumber: Ebit Lew

anak santri dari china

0 Response to "Terkesan Anak China di Ijtima Tongi 2016"

Post a Comment