Kargozari Jamaah Masturat India ke Kenya

Pd tahun 2007, aku keluar 40h masturat di District Ramanadhapuram (Ramnad), Tamil Nadu, India. Utk ke Ramnad, perlu naik train kira-kira 15 jam lagi dari Madras. Dah lah dari Delhi ke Madras 36 jam...melotehkan..tapi syok..banyak kenangan manis di sana yg tak dpt dilupakan.. Kisah2 ni akan diceritakan kemudian..klu ada masa..insha Allah..

Cuma kat sini aku nak cerita ttg kisah jemaah masturat India ke Kenya.. Masa kami di Ramnad, kami iktikaf di masjid kat satu pekan..dah lupa namanya.. Masturat kami tinggal di rumah seorg ahbab @ karkun yg baru tangguh dari keluar 2 bln di Kenya. Ptg tu amir jemaah kami putus dia yg bayan..nak dgr karkuzari dia. Tuan rumah tu cerita yg jemaah dia adalah jemaah masturat India yg pertama keluar di Kenya. Sebelum tu, hanya jemaah lelaki sahaja.

Apabila jemaah sampai di markaz pusat di Kenya, syura mereka telah tasykil supaya menerima jemaah ni. Tasykil punya tasykil...semua tak sedia sbb usaha masturat tersangat baru di sana dan rata2 tak pernah keluar masturat lagi. Dan mereka pun belum pernah terima jemaah masturat sebelum ni. Ada beberapa orang saja yg pernah keluar masturat 3 hari tapi di negara lain.

Tasykil dibuat lagi...Akhirnya ada seorang bangun dan sedia utk ambil jemaah ni. Maka jemaah dibawa naik kenderaan macam 'camel throphy'..2 kenderaan.. Mereka pun bergerak... Punya lah jauh...lalu kampung, hutan, savana...sampailah satu kawasan yg agak lapang dan dipenuhi dgn tanaman...gandum, tebu, ubi keledek, dan sebagainya...

Kenderaan pun berhenti berdekatan sepohon pokok.. Jemaah lelaki pun turun dari kenderaan. Kelihatan sekeliling ialah rumah-rumah yg dibuat dari jerami berselerak di sana sini. Amir sab pun tanya "Mana rumahnya (utk masturat)? Rahabah tadi pun kata "Tu...", sambil tunjuk ke arah pokok..Jemaah terdiam... Rahabah tu terus kata "Mintak jemaah tunggu sekejap..Kami nak buat rumah..." Kemudian dia pun berlari memanggil orang kampung. Tak lama kemudian, orang kampung datang bersama beberapa pemeluk jerami kering. Mereka pacak batang-batang kayu di keliling bawah pokok dan kemudian susun jerami-jerami yg telah diikat itu beserta bumbung dpd jerami juga... Dan mereka pun kata.."Dah siap...sekarang jemaah wanita boleh duduk sini. Nanti kami bawa beberapa orang wanita kami bersama wanita kamu.." Dengan berat hati...mereka pun masuk...namun mereka tetap gembira.. Jemaah lelaki pula di bawa ke musolla berdekatan yg dibina dari jerami juga... Oleh kerana rumah2 mereka kecil dan tidak mampu menampung bilangan yg ramai, maka kerana itu mereka buat sedemikian..

Apapun..lihatlah semangat mereka utk menerima tetamu Allah.. Rumah seperti itu pun..mereka sanggup utk menerima kehadiran jemaah.. Satu kampung meraikan kehadiran mereka.. Mereka dijamu sepuas-puasnya... Bahkan mereka dapat tasykil beberapa pasang utk keluar 3 hari masturat cash...

Sahabat sekalian...kata masyaikh kita tiada alasan utk menerima jemaah masturat...samada rumah di bandar, di kampung, rumah besar, rumah kecil, rumah batu, rumah kayu...setinggan, flat...semua boleh... Tiada syarat..sesiapa pun boleh ambil @ terima... Begitulah kalau jemaah masturat yg pergi ke negara jauh terutamanya yg baru dlm usaha masturat. Kebanyakan tuan rumah (wanita) tak pernah keluar masturat pun...tapi mereka menerima kehadiran jemaah dakwah..walaupun dari luar negara...

Utk keluar masturat..mmg ada syarat2nya..tapi utk terima tiada syarat...cuma rumah itu tidak terdedah kpd pandangan orang dari luar rumah. Utk itu, hanya perlu pasang tabir atau langsir... Dan keduanya pastikan tiada lelaki di dlm rumah itu kecuali bayi atau anak kecil yg belum mumayyiz. Jika ada, perlu berada di masjid atau tinggal di rumah lain...

Insha Allah tuan...sekarang ni musim cuti.. Apa lagi...amik jemaah masturat ler bhai..... Barkat... Tak lama. 3 hari je.. Bila 3 hari jemaah berada di rumah kita, bermakna selama 3 hari itu rumah kita dipenuhi dgn amal..amal dakwah, taklim wataklum, ibadat dan khidmat...Malaikat pun sudah tentu mendoakan kebaikan kpd seluruh ahli rumah tersebut... Azam semua. Sapa yg sedia....!!!

sumber

masjid kah ini di afrika

0 Response to "Kargozari Jamaah Masturat India ke Kenya"

Post a Comment