Kisah Roti di Tong Sampah di Madinah

Alhamdulillah minggu lalu berpeluang bertemu dgn Syeikh Mufti Lutfi Yusuf Ulama Bumi Banjar yg datang untuk Haji..seorang Ulama Salaf lepasan azhar tahun 80 dan menyambung pengajian Mufti(Ifta') di Jamiah Salafiyyah Pakistan..beliau Sahabat baik dgn Syeikh Dr Musyarraf antara ifta' Masjid Nabawi..

Sempat mengambil beberapa teguk nasihat dari Lautan Ilmu Syeikh..sy berkongsi kepada Syeikh tntg satu pekara ganjil yg sy lihat di Madinah ini..

Saya beritahu Beliau..di Madinah ini kalau org buang sampah..mereka akan asingkan roti di plastik yg lain dan akan gantungkan di tepi tong sampah..hampir satu tahun sy tertanya2 kenapa mereka buat mcm tu hinggalah satu malam sy dan Ahliah(org rumah dlm bhse arab) balik lambat sb ada program dan lalu di satu tong sampah di kawasan rumah kami..maka kami melihat ada orang2 kulit hitam yg miskin pergi ke tong sampah itu dan memilih roti2 dari plastik itu...masyAllah..barulah kami tahu yg org Madinah asingkan roti tu untuk org2 Miskin yg memerlukan roti itu...masyAllah betapa mulianya sifat Ahli Madinah..

Syeikh Mufti Lutfi menjawab 'barangkali mereka berpegang dgn satu hadis Dhoif.. akrimul hubz,fa innahu barokatim minassama' _muliakanlah roti kerana di sisinya ada keberkatan daripada langit..sebab itu mereka tak buag roti.. semasa saya belajar di Pakistan, org2 pakistan sgt memuliakan roti..shgga roti2 kalau ada terbuang di jalan mereka akan kutip dan kumpul..ada tong khas untuk roti..pernah kami mndapat berita seorang Ulama besar Hadis Pakistan bernama Almarhum Syeikhul Hadits Syafarazkhan rah..orang tnya mcm mana beliau begitu kuat mengingat Hadis...beliau pun beritahu ketika beliau dan adik nya kecil..mereka miskin..jadi Syeikh Syafarazkhan telah pergi kutip roti2 bekas makan org..yg elok dia simpan untuk adiknya..yg rosak dia makan..asbab itu ALLAH telah muliakan..dia jadi Syeikhul Hadits dan adiknya juga jadi Syeikhul hadits..masyAllah..'

Umat hari ni telah jauh dri Zaman Baginda Saw..sehingga tidak rasa bersalah pun membazir...roti ke nasi ke tak habis je di buang..bahkan di situ lah ada keberkatan..sb suka membazir lah rezki susah...mungkin kehidupan mewah hari ni mnyebabkan kita lupa untuk bersyukur..roti adalah makanan sunnah kesukaan Nabi Saw..Nabi Saw makan sareeq...roti bali...roti gandum..begitu juga Sahabat2 dan org2 Soleh dulu...seharusnya kita ajar anak2 kita makan roti..agar mereka makan bersesuaian dgn makanan kesukaan Nabi Saw..tak salah nk makan nasi..makanlah..cuma ajar juga anak makan makanan kesukaan Nabi Saw..amalan ahli Madinah asingkan roti ni bagus juga kalau di buat di Tanah air kita..semoga ALLAH beri taufiq pada kita untuk tidak membazir dan memuliakan roti makanan sunnah...Allahumma amin...

Sumber: Us Khann Da'ie
Madina Munawwarah

sampah roti di madinah

0 Response to "Kisah Roti di Tong Sampah di Madinah"

Post a Comment