Nasehat Haji Abdul Wahab

Suatu saat pernah di dalam kelas, guruku menceritakan tentang kisah seorang lelaki yang khuatir akan rezeki anak-anaknya. Cerita tersebut adalah seperti berikut.

Pada suatu saat seorang lelaki tua datang kepada Haji Abdul Wahab حفظه الله [1] dan meminta beliau mendoakan anak-anaknya. Lelaki tua itu berkata kepada Haji Saheb حفظه الله [2] bahwa beliau mempunyai 3 orang anak, yang pertama seorang hafiz Al-quran, yang kedua sedang belajar Kesasteraan dan yang ketiga sedang belajar Kedokteran.

Kata lelaki tua ini kepada Haji Saheb حفظه الله, Haji Saheb حفظه الله tolong doakan rezeki anak saya yang sulung ini karena beliau seorang hafiz Al-quran !, kemudian Haji Saheb حفظه الله bertanya, kenapa kamu tidak minta untuk aku doakan sekali 2 orang lagi anak kamu? Lelaki tua itu pun menjawab bahwa kedua dan yg ketiga sedang belajar Kesasteraan dan Kedokteran. Aku tidak khuatir akan rezeki mereka berdua, cuma yang aku khuatir adalah rezeki anak aku yang menjadi hafiz Al-Quran ini.

Rezeki orang-orang yang bertakwa sudah dijamin oleh Allah سبحانه و تعالى

Mendengar penjelasan lelaki tua itu, Haji Saheb حفظه الله terperanjat dan lantas memarahi seraya berkata kepada lelaki tua itu, kamu yang sepatutnya lebih risau akan rezeki kedua dan yg ketiga anak itu yang sedang belajar Kesasteraan dan Kedokteran karena mereka tiada jaminan perlindungan rezeki dari Allah سبحانه و تعالى tetapi seorang yang menghafal Al-Quran, pasti Allah سبحانه و تعالى yang akan memilihara rezekinya sebagaimana Allah سبحانه و تعالى memilihara perkataanNya di dalam Al-quran. Insyallah.

Apabila mendengar nasihat Haji Saheb حفظه الله, terus lelaki itu pergi dan terlihat penyesalan diraut wajahnya karena sangkaan buruknya terhadap urusan rezeki anaknya itu. Tak lama kemudian seperti yang diceritakan oleh guruku bahwa lelaki tua itu telah berjumpa kembali dengan Haji Abdul Wahab حفظه الله dengan memberitahu bahwa beliau mengambil keputusan untuk menjadikan semua anak-anaknya sebagai hafiz Al-quran.

ALLAHUAKBAR.......

Keterangan
__________________________________
1. Haji Abdul Wahab حفظه الله @ Syeikh Abdul Wahab حفظه الله adalah seorang penanggungjawab Dakwah/Tabligh di pusat Dakwah negara Pakistan iaitu Markaz Raiwind, Punjab, Pakistan. Seluruh kehidupan beliau dihabis di dalam kerja-kerja agama. Beliau banyak berdamping dengan ulama seperti Maulana Ali Lahori rah, Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi rah, Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi rah, Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah dan lainnya. Beliau juga turut berbi'at dari segi jalan kerohanian (tariqat Chistiyyah) di tangan Maulana Abdul Qadir Raipuri rah. Beliau antara khalifah Maulana Abdul Qadir Raipuri yang masih hidup. ( Rujuk Sawanih Maulana Abdul Qadir Raipuri rah oleh Maulana Abul Hasan Ali An-Nadwi rah).
2. Haji Abdul Wahab juga dikenali sebagai Haji Saheb di Pakistan.

sumber

makan berjamaah

0 Response to "Nasehat Haji Abdul Wahab"

Post a Comment