Kisah Sami Buddha di Markas Tabligh Mimburi

Biasanya jemaah Jalan Kaki 4 bulan akan dikeluarkan sebanyak mungkin sebelum ijtimak dan bila sampai hari ijtimak mereka akan balik ke markas atau ke Medan Ijtimak dan biasanya pada waktu ini lah banyak keajaiban yang kita akan lihat.

Kali terakhir aku keluar di Thailand lebih 15 tahun yang lepas...

Semasa aku disana di medan Ijtimak aku melihat puluhan atau mungkin ratusan jemaah Jalan Kaki yang balik ke medan ijtimak dan bersama sama mereka kelihatan lelaki lelaki berkepala Botak, memakai kain berwarna kuning membaluti tubuh dan menyandang beg kain lusuh serta sebiji mangkuk ditangan...dan mereka itu lah Sami sami Buddha atau Tok Cha dalam bahasa Kelantan atau Paak didalam bahasa Siam.

Aku yang ketika itu agak cetek didalam kerja kerja Tabligh bertanya karkun karkun Thailand " Pee krap, tamai Paak maa tini, Paak ko saksana Puut mai chai loor"...maksud "Bang...apasal Sami sami ni datang sini, bukan dia orang ni Sami Budha..? aku boleh berbahasa Thai bro...Hehe

Karkun Thailand jawab "Ohooo...ko pen Hidayat noot" dan disambung lagi...cakap Melayu lah....memang banyak Sami sami Budha yang masuk Islam hasil dari Dakwah daan Mujahadah jemaah jemaah Jalan Kaki Thailand,..

sumber

sammi buddha convert islam

1 Response to "Kisah Sami Buddha di Markas Tabligh Mimburi"

  1. Orang yang banyak berdzikir berarti memiliki hati yang hidup.

    ReplyDelete