Bayan Khusus Bahasa Japan

#Bayan..#Khas..#Bahasa..#Jepun..
Pembayan: Akiff Japan
Penterjemah: Ashraf (pelajar Malaysia Jepun dtg Haji)
Tempat: Rumah Prof Dr Norhan Madinah

#Bayan ini khas untuk org malaysia Madinah dan jemaah haji malaysia dari Melbourne Australia dan jemaah haji malaysia dari jepun...#akiff warganegara Jepun yg baru 6 tahun memeluk Islam asbab usaha Dakwah Tabligh yg begerak di jepun..bermazhab hanafi..tahun pertama akiff memeluk Islam beliau telah mendalami Islam di Bumi India Pakistan Bangladesh yg merupakan Bumi Ulama' Mazhab Hanafi & Bumi Ulama' Hadis dan beliau telah keluar Dakwah di sana selama 4 bulan...kini beliau banyak menghabiskan masa dgn Mendalami Islam dan Berdakwah di Negara Jepun...

_Ringkasan Bayan:

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH..ALLAH telah memberi kita berbagai nikmat..dan nikmat yg plg besar ialah nikmat Islam dan nikmat dapat datang Madinah...saya telah masuk Islam 6 tahun yg lalu..Di jepun sebahgian besar mereka yg tiada Agama..dan ada juga mereka yg beragama Budha...Orang yg beragama Islam bertambah setiap bulan asbab Dakwah yg bergerak..Keluarga saya di kalangan org yg sgt kuat berpegang dgn Agama Budha...

Pada mulanya sy tak mahu ambil tahu pasal Islam..saya ada kawan2 di Universiti dari luar negara yg sy selalu makan dgn mereka..mereka selalu ikram saya..dan berkongsi cerita tentang Islam..sy beritahu mereka kamu ceritalah apa pun tentang Islam..saya tak mahu dengar pun..sebab sy berkawan dgn kamu hanya untuk makan dan belajar bersama je..mereka tetap ikram saya bahkan selalu ambil berat tntg saya dan keluarga saya..akhlak mereka sgt baik..

Mereka bukan lah Ulama'..bukanlah orang hebat dalam Agama..mereka cuma orang Islam biasa..cuma mereka terlibat dalam usaha Dakwah..mereka hanya beri masa untuk ikram saya..masak makanan untuk saya..bukanlah satu usaha yg besar..akan tetapi dgn berkat ikram mereka sy telah tertarik untuk masuk Islam..mula itulah sy mula belajar tntg ALLAH..tntg cara hidup Sunnah..tntg Amal ibadat..tntg Hadis..

saya telah terbaca satu kisah..Baginda Saw pernah di datangi seorang kafir..dan Baginda Saw telah jamu orang tu makan..kemudian org tu muntahkan makanan tu dan berlalu pergi..kemudian dia teringat pedang dia tertinggal..dia pun patah balik..dia teperanjat melihat Baginda Saw sedang bersihkan muntah tu...maka org kafir ni sgt terkesan dgn akhlak Rasululloh dan masuk Islam...
Jadi sebab itulah kita kena belajar Agama ini dan amalkan Agama ini dgn bawa akhlak dalam kehidupan kita..usaha juga Bagaimana Sunnah Baginda Saw dtg dalam kehidupan kita..

sewaktu kami datang tadi kami di beritahu di depan kami ini pelajar2 Agama yg bakal jadi Alim Ulama' di Tanah Air mereka...mereka belajar di Bumi Madinah yg di berkati pula..Bila kamu pulang ke Tanah air nanti bawa lah Sunnah cara hidup Baginda Saw..dan sambunglah perjuangan Para Sahabat..iaitu apa yg Baginda Saw risaukan terhadap Umat ini..

Tiga tahun yg lalu sy telah terlepas satu peluang yg sgt penting...iaitu datuk dan nenek sy mati tanpa Islam...sy berasa sgt2 bersalah...kerana sy tak dpt smpaikan kepada mereka kalimah yg sgt penting..kalimah Shahadah..sy berharap sgt agar pekara ini tidak terjadi pada yg lain..sy sgt mgharapkan kita semua bersama menyampaikan kalimah ini pada seluruh Umat..

Usaha atas iman dan amal ialah usaha yg sgt penting..beberapa hari yg lalu kami telah di jemput masyaikh arab dakwah Madinah ke rumahnya..dan mereka telah beritahu tentang pentingnya Iman dan amal..kerana pekara inilah yg kita akan bawa ke akhirat...segala harta benda..anak
isteri..pekerjaan kita..pasti akan kita tinggalkan..iman amal lah yg kita akan bawa..di dunia yg sgt singkat inilah tempat kita nak usahakan iman amal..dan kita niatlah untuk bawa seluruh Umat kepada usaha atas iman dan amal ini..

Di berita kami di maklumkan orang masuk Islam di jepun bertambah setiap bulan..kita sama2 lah fikir bagaimana islam dapat datang dalam diri penduduk jepun dan Umat seluruh dunia..kita semua telah di pertanggungjawab dgn kerja Dakwah..menjadi tanggungjawab kita menyampaikan Agama kepada seluruh Umat..atas maksud itu kita semua niat insyAllah..


us khann Daie
Madinah Munawwarah
Kota Baginda Saw

#disalin dari kiriman WA Abu Umair

Sumber: Kargozari Dakwah


bayan special japan

0 Response to "Bayan Khusus Bahasa Japan"

Post a Comment