Ustadz yg Baru Masuk Islam

JEMAAH vs USTADZ

Masa aku keluar dulu ada satu kisah orang lama guna utk berhadapan dengan alim ulama yg tak faham dan tak suka usaha jemaah. Kejadian ni aku lihat depan mata aku sendiri di masjid Larkin johor waktu keluar 40h bawa jemaah india.

Jemaah kena marah dengan satu ustaz waktu tu. amirsab india dengar saja dan senyum. Kemudian dia tanya, boleh minta pendapat ustaz tak? Ustaz ckp boleh..

Dalam sebuah rumah, ada seorang ibu yang sakit dengan 3 orang anaknya. Anak pertama seorang lelaki umur 20an, anak kedua seorang remaja perempuan umur sekitar 15 tahun dan terakhir ialah anak kecil berumur 3 tahun yang baru boleh berjalan dan masih pelat bercakap.

Pada satu hari ibu rasa sakit sangat dadanya, meminta si abang ambilkan ubat diatas almari. Abang sibuk dan nak cepat pergi kerja, tak sempat penuhi kemahuan ibu dan terus berlalu. Ibu memanggil kakak perempuan pula minta tolong ambilkan ubat, tapi kakak sibuk dengan kawan kawan yang mahu ajak keluar berjalan. Diabaikan permintaan ibu itu. Ibu sakit makin parah, batuk baruk berdarah dan makin lesu. Ibu memandang adik kecil.. Adik kecil kasihan pada ibu.. Adik kecil nak tolong ibu, dia berusaha panjat almari tu untuk ambil ubat, bila dapat dicapai botol ubat, botol tu jatuh pecah berkecai.

Ibu nazak dan adik kecil menangis tak tahu buat apa.. Akhirnya ibu meninggal.. Adik kecil yg buat ubat tu pecah.
Tuan, dalam kisah ini, siapakah yang patut dipersalahkan?

Ustaz jwb, mesti lah abg yang sulung dengan kakak tu. sebab mereka ada kemampuan, kekuatan utk bantu ibu mereka!

Amirsab balas; betul tuan.. Anak kecil tu kami ni jemaah tabligh.. Sedang merangkak cari hidayat, tak cukup ilmu, tak cukup harta benda dan berbagai lagi. Kami hanya ada sedikit ilmu agama dan kesungguhan kerana kami nampak ibu kami sakit.. Ibu kami tu agama kita lah tuan..

Sedangkan yang mampu dan patut buat kerja selamatkan agama yang dikasihi ni ialah orang seperti tuan, ada ilmu tinggi, ada kekuatan, ada pengaruh dan berbagai lagi.

Sekarang agama sedang nazak.. Kalau tuan salahkan kami buat kerja kami dalam keadaan kami yang serba daif dan kurang ni.. Kami mohon maaf banyak banyak.. Kerana kami sayang sangat agama kami dan kami tak mahu agama kami mati.. Kami buat apa yang kami mampu sahaja, lebih dari itu kami tiada daya tuan.. Maafkan kami..

Ustaz tu dengar dia meraung menangis sungguh2.. Esok dia sampai subuh kat masjid siap bawak beg travel, bantal dll.. Cash 25hari dia nusrah jemaah dan lepas tu dia terus follow jemaah tafakut SP 4 bulan IPB.
Dia la ustaz yg jadi rahaba kami 1st time dia gash kat kg dia, dia bagi salam, dia terus jadi mutakalim dan terus bagi hadis "kalau sedekah ikhlas, allah bagi gunung uhud emas, kalau kurang ikhlas, allah bagi gunung perak, kalau tak berapa ikhlas allah bagi gangsa je.. Gangsa pun takpe janji sedekah." Hahahahahaha bergolek kami ketawa dengar hahahaha.

Tapi itulah, kesan cerita tu. semoga membantu.
Waktu selepas bayan wapsi di SP, hari kami tangguh, dia datang jumpa kami sebelum berpisah. Waktu tu dia tgh tunggu bentuk jemaah utk IPB..

Dia jumpa kami peluk, ucap terima kasih dan cakap.. "Saya ustaz, tapi saya baru masuk islam..."

Kerja Dakwah dibuat dengan 2 perkara :
1. Yakin yang benar
2. Istimaiyat kerja

1. Yakin yang benar ada 2 :
1. Yakin bahwasannya dengan kerja dakwah ini saja yang bisa menyelesaikan masalah-masalah akherat.
2. Yakin bahwasannya dengan kerja ini saja yang bisa menyelamatkan kita dari kerugian-kerugian baik kerugian dunia maupun kerugian akherat.

2. Istimaiyat kerja ada 4 :
1. Dakwah dengan kasih sayang dan lemah lembut
2. Pemaaf
3. Bermusyawarah
4. Istikhlas (tidak ragu-ragu)

Kenapa dunia rusak ?
1. Karena wanitanya rusak, kenapa wanita rusak ?
2. Karena laki-lakinya rusak, kenapa laki-laki rusak ?
3. Karena laki-laki tidak keluar dijalan Allah SWT ?

Kenapa umat rusak ?
1. Tinggalkan dakwah
2. Ada dakwah tapi tidak cara Rasulallah SAW

Tiga perkara yang membuat wanita rusak :
1. Karkun suka makan yang banyak-banyak
2. Karkun suka pakaian yang banyak-banyak
3. Karkun suka buat rumah yang besar-besar

Sehingga wanitanya sibuk memasak, mencuci, membersihkan rumah sehingga lupa untuk berdakwah ,taklim, zikir ibadah, dan mendidik anak secara sunnah.

Kenapa karkun macet :
1. Keletihan / kecapaian.
2. Tersakiti hatinya

Kenapa dakwah terhambat :
1. Karkun kaya takut miskin
2. Karkun miskin ingin kaya

Kenapa karkun rusak :
1. Tidak jaga nisab
2. Tidak buat maqomi

Kenapa karkun dingin :
1. Waktu keluar tidak niat islah diri
2. Waktu pulang tidak jadikan dakwah maksud hidup

Kenapa umat merugi :
1. Tidak paham target hidup
2. Tidak paham maksud hidup
Kenapa karkun lemah , karena waktu keluar tidak tertib...

Sekarang saya ingin memberitahu anda semua bahawa segala masalaah yang menimpai seseorang, walaupun sebesar mana pun akan dapat diselesaikan dengan membuat tiga perkara,
1. Sabar
2. Tawakkal
3. Menangis di hadapan Allah.
Anda yang dalam Majlis ini tolong sebarkan pada juga pada orang lain yang tiada (di dalam Majlis ini).

[Maulana Umar Palampuri, Bayan Subuh di Bangla Wale Masjid, Nizamuddin, New Delhi]

sumber: Grup Kargozari Dakwah II

hidayah yes

2 Responses to "Ustadz yg Baru Masuk Islam"