Terkesan Anak Muda Asal Argentina

Menangis dan terkesan dengan kisah anak muda ini berasal dari Argentina yang tidur bersebelahan saya. Beliau baru memeluk Islam 3 tahun lalu. Baru berumur 20 tahun. Kini sedang giat berdakwah. Asyik cerita kebesaran Allah ketika duduk atau berjumpa sesiapa pun..

Beliau menangis menceritakan saat ibu bapanya memeluk Islam. Setiap hari beliau menangis berdoa buat ibu bapanya. 3 beradik. hanya beliau seorang memeluk Islam..saya merasai bagaimana rasanya sayang dan mencintai ahli keluarga..

Katanya kini cuma ada 7 masjid di seluruh Argentina yang masih berfungi.. 10 tahun dulu dikatakan orang Islam ada dekat 2 juta orang. Kini cuma seratus ribu lebih. Ya Allah maafkanlah kami.apa kita nak jawab pada Allah..apa kita nak jawab pada Nabi saw. Dakwah, akhlak da kasih sayang serta tangisan menjadi asbab hidayah...

Beliau gembira ada 2 jemaah Malaysia yang berdakwah berada di sana waktu ini.

Beliau sentiasa senyum dan hairan orang kita kenal pemain bola dan lain-lain tetapi terlupa datang ke Argentina berdakwah ke sana. Abdul rahman pemuda argentina ini ziarah semua negara lain termasuk semua negara arab supaya datang ke negaranya berdakwah. Kami penat dan teramat sejuk tidur dalam khemah tanpa pemanas tapi beliau tetap terus bergerak dari khemah ke khemah..nampak kerisauan dan kecintaan beliau... Beliau memeluk Islam kerana kawannya yang baru memeluk Islam kuat mengajaknya. Katanya tiada jalan ketenangan dan bahagia selain dari kenal Allah..

Saya menangis memikirkan betapa ramai manusia dahagakan hidayat. Sediakan anak isteri kita dan keturunan kita untuk menyambung perjuangan Islam ini. Dulu Rasulullah saw dan keluarga baginda saw dan sahabat rhum sayang kita. Kita dapat Islam. Sekarang giliran kita sayang dan menangis untuk orang lain. Ya Allah berilah hidayah kepada semua ahli keluarganya dan kami, seluruh argentina dan selurh malaysia semua hidayah-ebit lew

sumber: Ebit Lew

pemuda islam asal argentina

0 Response to "Terkesan Anak Muda Asal Argentina"

Post a Comment