Laporan Maulana Umar di Rusia

"Saya mengakhiri bayan saya dengan menceritakan 20 tahun lalu. Sewaktu saya keluar di Rusia. Di satu masjid,kami duduk disana selama 3 bulan setengah. Jemaah kami bergerak selama 5 bulan setengah. Semasa kami duduk di masjid tersebut,kami berjumpa dengan Muslim yang duduk 60-70 km dari masjid tersebut.

Kemudian kami dengar ada eorang Sheikh yang menetap di sana. Orang tempatan bertanya kepada kami,"Nak pergi ziarah tak seorang Sheikh,Muhaddith besar yang menetap di sini?"

Jawab kami (Maulana bersama 3 orang ahli jemaah) berkata "Ya" Setelah appointment di buat, mereka bergerak untuk bertemu Sheikh tersebut lepas Asar.

Sesampainya kami di sana,seorang budak lelaki telah buka pintu dan beliau telah menjerit tetamu sudah sampai.
Sheikh tersebut sakit tenat.Hanya terbaring di atas katil.

Tetapi apabila kami sampai,keadaan mengejutkan ialah Sheikh tersebut berdiri dan bergembira dengan kedatangan kami. Kami bersembang dengan Sheikh tersebut dan kami bertanya apakah asbab tempat kamu
dilanda fitnah(ujian) komunis?

Sedangkan tempat kamu banyaknya ulama hadis lahir di sini.
Jawab Sheikh tersebut,"Apabila soalan ini ditanyakan kepada saya 20 tahun dahulu,maka saya tidak boleh menjawabnya. Dan soalan ini telah diajukan pada saya dan saya kena menjawabnya juga"

Jemaah Maulana tidak faham apa yang hendak disampaikan oleh Sheikh tersebut. "Sewaktu saya balik dari Al Azhar As Syariff, saya mengajar di madrasah. Dan kami semua sibuk dengan madrasah, usahakan atas ilmu. Dan ruangan kami terbatas pada dinding madrasah sahaja. Kami tidak menghiraukan orang awam yang berada di sekeliling kami. Sekiranya 20 tahun dahulu kami buat tabligh, InsyaAllah fitnah ini tidak melanda kami"

Kata Maulana Umar, pihak batil tidak akan datang kepada kamu (iaitu ulama) . Akan tetapi mereka akan pergi kepada orang awam dan akan merosakkan mereka. 

Sebelum mereka tangguh dari pertemuan tersebut, Maulana minta supaya Sheikh tersebut mendoakan mereka. Sheikh tersebut jawab, nak berdoa, dia ada syarat. Iaitu makan makanan yang halal. Sejak fitnah ini melanda kami,entah makanan apa yang disuapkan/ diberi kepada saya. Kamu semua sahaja yang kena doakan saya. Kamu musafir, dan doa kamu semua makbul.
Allahu Akbar
Hidayah yaa Allah

sumber

tentara asing sholat

0 Response to "Laporan Maulana Umar di Rusia"

Post a Comment