Liberia, Ebola dan Jamaah Tabligh

Laporan dakwah (kargozari) dari jemaah Malaysia yg bergerak selama 4 bulan dari Juni hingga Oktober 2014 di Liberia, Afrika:

- Liberia terletak di Afrika Barat, negara yg pernah dijajah oleh Amerika Syarikat. Pada 10 tahun lepas, telah berlaku peperangan. Hak org islam telah di rampas, ramai orang islam di bunuh dgn zalim. Keadaan orang islam dlm kefakiran yg dahsyat.
- Jumlah penduduk 3.5 juta. 35% daripadanya adalah org islam.
-Bil. masjid di Monrovia sekitar 300 buah masjid dan seluruh Liberia lebih kurang 1,780 buah masjid. Kebanyakan masjid2 di kunci lebih 10 tahun.

~Ebola~
- Wabak ini berlaku pada 3 bulan yg lepas. Permulaannya di suatu daerah kecil iaitu di Lofa.
- Sebelum wabak Ebola ini merebak, jemaah India telah di hantar ke sana untuk usaha atas iman dan amal. Mereka telah pergi ke sebuah perkampungan org islam di Lofa. Imam kampung tersebut telah halau jemaah keluar dari kampung itu kerana di situ menurutnya semua penduduk beragama islam dan tidak perlu buat usaha dakwah di sana. Jemaah telah mesyuarat dan berpindah ke kampung bersebelahan.
-Seminggu selepas peristiwa ini berlaku imam tersebut di takdirkan demam dan sejam selepas itu imam tersebut meninggal dunia. Apabila isteri imam pegang mayat suaminya sejam selepas itu meninggal dan begitu juga 7 anaknya juga meninggal dunia. Wabak ini merebak ke seluruh kampung dan kampung berhampiran sehingga menteri2 Liberia telah turun ke sana dan isytiharkan berkenaan wabak Ebola.
-Apabila berlaku keadaan ini, jemaah India ini telah bermesyuarat dan balik semula ke kampung tersebut. Jemaah telah uruskan semua mayat2 dan dengan izin Allah dan kekuasaan Allah, jemaah tidak berjanggit dgn wabak ini. Sehingga mereka yg masih hidup di situ terkejut dan tak bagi jemaah tinggalkan tempat tersebut sehingga selesai mayat2 diuruskan. Mereka yakin dengan perantaraan jemaah, Allah telah jauhkan musibah.

~Kelemahan~
-Keadaan di sana sangat susah. Agama masih lemah. Sehingga ada yg jama' solat.. sebabnya nak menonton Piala Dunia.
-orang alim untuk ajar islam tiada. Terdapat di kalangan mereka dah masuk islam 13 tahun tapi alfatihah pun tak tau baca.
-kehidupan sangat bebas bersosial. Zina berleluasa.
-makanan mahal tapi arak murah. 3 botol arak hanya 5 ringgit. Amerika telah murahkan arak.
-Haiwan2 seperti kucing, kera, babi, ular dibunuh untuk dijadikan makanan.
-Muzik berleluasa. Di mana2 pun ada org menari dan bersuka ria.

~Dakwah dan tabligh~
- Sepanjang jemaah berada di sana usaha dijalankan. Boleh dikatakan hari2 ada org masuk islam dan banyak org suka islam. Seorang budak 8 tahun telah ajak kawan2 yg kristian untuk ke masjid dan masuk islam.
- 4 paderi besar telah masuk islam dan sedang keluar dakwah 4 bulan jalan kaki. 150 keluarga telah diislamkan.
- Kebanyakan mereka yg buat usaha dakwah dan tabligh di Afrika Barat (Ethiopia, Ivory Cost dll ) terdiri daripada mereka yg dahulunya kristian tapi telah masuk islam. Solat fardhu di masjid seperti solat jumaat. Solat jumaat melimpah ke jalan. Agama berkembang. Usaha di Afrika dah jadi umum. Kini, setiap org di sana paling kurang pernah keluar selama 10 hari.
- Jemaah perlu di hantar lagi secara berterusan. Pergorbanan jiwa, harta, diri dan mujahadah untuk agamaNya pasti Allah akan sediakan ganjaran dan sebarkan hidayahNya. InsyaAllah tuan2..

Laporan dari Ustaz Umor Faroq
Tarikh karkuzari di Masjid Benggali : 20/10/2014

sumber

pindah masjid

0 Response to "Liberia, Ebola dan Jamaah Tabligh"

Post a Comment