Terkena Batu Berangkat Negeri Jauh


Ada seorang ahbab mahu keluar empat bulan negara jauh padahal keperluannya tidak mencukupi. Namun, dia mempunyai azam yang kuat dan berusaha untuk mencukupkan keperluannya. Pekerjaannya hanyalah sebagai pemotong rumput. Berapa ringgit sangat yang boleh dapat?

Pada suatu hari, dia pergi potong rumput di tempat orang berjoging. Entah macam mana, mesin rumputnya telah terkena batu kecil dan batu itu terpelanting terkena

kerongkong seorang lelaki tua yang sedang berjoging. Lelaki tua itu mengerang kesakitan. Dia berkata sambil menggaru kepala, “Ya Allah! Sudahlah aku tidak cukup duit. Tetiba pula ada kes macam ni. Adoyai …”

Dia pun memohon maaf kepada lelaki tua tadi dan memberikan alamat rumah serta nombor telefonnya untuk dihubungi. Setelah itu, orang tua tadi dimasukkan ke hospital. Ahbab itu pula balik ke rumahnya dan menceritakan kes itu kepada ahlianya. Kemudian, dia bersolat dan memohon jalan keluar. Tidak lama kemudian, ada polis datang rumah dia dan minta dia pergi ke hospital. Dia berkata, “Tok, maafkan saya tok.” Kemudian, dia berpesan kepada ahlianya, “Apa-apa yang terjadi pada abang nanti, redha sahajalah.” Dia pun pergi meninggalkan ahlia tersayang.

Sesampainya di hospital, keluarga lelaki tua tadi berhimpun di ruang tetamu. Ahbab tadi menjadi serba salah dan memohon maaf kepada keluarganya. Tetapi, anak si lelaki tua tadi berkata, “Rilex bro, rilex! Sebenarnya ayah kami ni perlu menjalani pembedahan kerongkong minggu depan. Tapi, disebabkan terkena batu tadi, Allah bagi lega!” Ahbab tadi terpinga-pinga. Kemudian, mereka berkata lagi, “Sebenarnya, kami sudah sediakan 30 ribu untuk kos pembedahan. Sekarang, ambillah 20 ribu untuk encik.

Lagi 10 ribu kami mahu buat kenduri doa selamat.” Ahbab itu pun menerimanya dengan senang hati. Dia memberikan 10 ribu untuk ahlianya dan lagi 10 ribu dia buat belanja keluar empat bulan negara jauh. Takbir!

(Karguzari daripada Maulana Khairi, di markaz Jitra, 12/7/2012)

Kargozari Dakwah

pakaian muslim negeri jauh

0 Response to "Terkena Batu Berangkat Negeri Jauh"

Post a Comment