Karguzari Jemaah khuruj ke Medan tahun 1983

Karguzari Jemaah khuruj ke Medan - Asbab Hidayah Tanah Tinggi Pasi

Karguzari(laporan jemaah) menyayat hati ini diceritakan oleh Hj. Musa. Beliau menceritakan jemaah mereka bergerak dari Masjid India di Kuala Lumpur kemudian diputuskan ke Medan, Indonesia untuk buat usaha dakwah di sana selama 40 hari pada tahun 1983.

Ketika khuruj bersama jemaah ini, Hj Musa merupakan pelajar di UPM, Serdang. Jemaah ini terdiri daripada rakan seusaha di Kuala Lumpur dan Melaka. Setelah berada di Medan, jemaah mereka dihantar ke kawasan Pasi. Jemaah juga melewati Kawasan Kabun Jahe, Beras Tagi dan Danau Toba serta Pulau Somasir yang menjadi tempat tumpuan aktiviti pelancongan. Amir (orang tanggungjawab dalam usaha dakwah tabligh) di Medan memberitahu kepada jemaah sebelum berangkat, kawasan yang mereka pergi itu belum pernah dijejaki oleh jemaah, jemaah merekalah sebagai perintis usaha di tempat tersebut. Pada masa itu, bilangan orang Islam di Pasi ini adalah 30%, selainnya adalah beragama kristian, tidak ada agama (pagan) atau pemujaan-pemujaan semangat seperti roh dan pokok-pokok.

Jemaah telah buat usaha di masjid daerah Pasi. Bersama mereka ada seorang penduduk tempatan yang berminat dengan usaha agama, namanya Dermawan. Jemaah telah ikram saudara ini dan sedikit sebanyak membantu jemaah buat program di masjid dan kawasan sekitar termasuk ziarah dari rumah ke rumah. Pada hari keempat, Dermawan mencadangkan satu masjid lagi yang terletak di puncak tanah tinggi Pasi tetapi perlu menempuh perjalanan yang jauh.Tempat itu merupakan kampung kecil dimana semua penduduknya Islam dan kerja mereka ialah menanam kopi yang dikatakan terbaik di Indonesia. Jemaah teruja dan bersemangat pergi ke sana untuk buat usaha dakwah dan tabligh.

Hj Musa seterusnya menceritakan pengalamannya..

Maka kami dengan perasaan yang membara bertolak dari masjid bandar Pasi ke kampong dipuncak gunung dengan berjalan kaki yang jaraknya agak jauh. Apabila sampai dikampong yang kami tujui itu yang mula2 menyambut kedatangan kami ialah sebuah gereja yang diperbuat daripada papan dan kayu, kemudian sekolah tadika mubaligh kristian kemudian baru jumpa rumah orang kampong, berjalan lagi baru jumpa masjid, juga diperbuat daripada kayu dan papan yang agak lama.

Sampai di masjid kami mesyuarat dan terus menghantar jemaah khususi door to door, Alhamdulillah bila sahaja jumpa orang kampong yang diajak terus datang ke masjid terus duduk dalam taklim, pada hari pertama sahaja dah suku masjid orang kampong datang, jemaah sudah jadi gelabah sebab mereka ni tak nak balik rumah, makan yg dimasak hanya cukup untuk jemaah atau lebih sedikit. jadi orang khidmat tambah lagi masak makanan, semua makan tengah hari di masjid, lepas makan pun mereka juga tidak mahu pulang, rupa-rupanya mereka ini berminat dengan agama sebab apabila kita terangkan pada mereka akan kelebihan amal agama ni mereka seronok nak belajar dan beramal, kami kena korbanlah tidur buat beberapa halkah untuk mengajar asas solat seperti cara solat dan bacaan dalam solat, kebanyakan mereka tidak tahu bersolat, yang tahu pun banyak yang salah dalam melakukan ketertiban solat dan juga dalam bacaan mereka. Halkah ini berjalan sampai asar. Lepas asar beri kelebihan dakwah dan ajak untuk keluar ziarah umumi rumah ke rumah, semua orang tempatan angkat tangan nak ikut, masyaallah mereka mengangkat tangan dengan bersungguh2 untuk buat kerja nabi saw. Setelah minum petang terus buat adab ziarah cara rasul saw, lepas tu tanya siapa yang nak jadi penunjuk jalan semua angkat tangan setelah mendengar kelebihan, begitu juga dengan jurucakap dan juga ameer jemaah. Apabila ziarah dalam kampong bermula ramailah yang diajak terus datang masjid untuk mendengar takril atau ceramah iman di masjid hinggalah ke magrib. Waktu solat magrib, masjid dah separuh lebih penuh termasuk wanita dan kanak2. Di antara mereka ada yg tidak solat magrib. Waktu bayan lepas magrib semuanya duduk dengar bayan, apabila taskil dibuat untuk keluar jalan allah , semua angkat tangan termasuk wanita dan kanak2. Lepas isyak semua ahli jemaah kumpulkan orang yang beri nama untuk iktilat. Malam tu kami terpaksa mentaakhirkan makan malam kerana makanan sudah tak cukup dan kita terpaksa melayan mereka yang kehausan agama, jadi kitalah kena ajar mereka. Pendek cerita kami makan malam lewat dan terus tidur, teramatlah letih satu hari tak rehat tapi seronok kerana dapat tiru macam sahabat nabi saw..

Pendek ceter besuk subuh ramai yang datang solat subuh, lepas bayan subuh pesan kepada mereka datang jam 8 pagi, sempatlah kami makan pagi, sebelum jam 8 pagi mereka dah sampai siap bawa petai, jering dan ulaman untuk jemaah makan, lepas mesyuarat kami bentuk jemaah khususi untuk pergi semua rumah-rumah dikampong tu. Kami tinggal disitu saya tak ingat berapa hari tapi lebih dari 4 hari, setiap hari kami tak pernah tidur siang kerana mengajar mereka solat. Dalam masa tu semua rumah kami tak tinggal semua kami ziarah dan jumpa penghuninya dan semua mereka datang ke masjid. 11 orang telah azam untuk keluar 40 hari di Medan. Mereka kurang wang perbelanjaan untuk keluar 40 hari tapi kami mesyuarat dengan dengan cara membeli ayam, beras dan apa sahaja yang jemaah boleh guna, semua makanan yg kami beli itu pun untuk ikram mereka makan, kerana mereka bersama kami dari pagi sampai malam dan makan bersama kami.

Masa khususi saya teringat sampai sekarang bila saya dan seorang tempatan khususi sebuah rumah yang jauh terpencil dari kampong, rumahnya amat kecil dan uzur, bila saya sampai dan rahaba (penunjuk jalan) memberi salam, saya lihat seorang lelaki separuh umur membuka pintu, setelah diterangkan saya ini bapak dari Malaysia dalam dialek batak yg saya tak faham, maka dia terus meluru pada saya dan memelok saya sambil menangis dan ia berkata "bapa selama ini tiada seorang pun yang sudi datang kerumah saya kerana kemiskinan saya tapi hari ini saya syukur kerana bapak dari Malaysia datang jumpa saya dirumah yang buruk ini" itulah kurang lebih dialognya pada saya. Saya terangkan maksud kedatangan kami, tanpa banyak soal dia terus salin pakaian terus ikut kami ke masjid, dia merupakan orang yang terakhir kami jumpa. Selama beberapa hari kami di situ hubungan kami dengan penduduk kampong rupanya dah mesra , tak kira lelaki wanita dan kanak-kanak. Mereka cukup gembira selama kami berada disitu, mereka melayan kami, berhasrat untuk memberi makan pada kami tapi mereka miskin, yang mereka mampu beri kami makan ialah Petai dan jering dan ulaman, ubi kayu itu saja tapi mereka ikhlas ikram kami.

Masa untuk kami pulang ke Medan dah tiba, pada pagi hari yang kami nak berangkat ke Medan membawa jemaah tunai 40 hari ke Medan seramai 11 orang menjadi kenyataan, semua penduduk datang ke masjid lelaki perempuan dan kanak2, setelah berkumpul amer sab sendiri telah beri bayan hidayat (nasihat2 sebelum keluar khuruj) dan adab perjalanan kepada jemaah. Disinilah suasana sedih dan pilu menyelubungi penduduk tempatan dan ahli jemaah, semuanya menangis dan apabila amer sab mula berdoa semua orang tanpa segan silu menangis berhamburan air mata sungguh2 termasuk kanak2. Apabila habis doa kami turun dari masjid untuk balik ke Medan semua penduduk berbaris untuk bersalam (wanita tidak salam dengan kami kerana amer sab dah terangkan pada mereka tak boleh salam dengan lelaki bukan muhram) dengan tangisan berpanjangan. Selesai salam kami pun berjalan sehinggalah sampai ke sekolah tadika mubaligh kristian. Sampai sahaja kami disitu, kanak2 tadika dah siap berbaris menyambut dan bersalaman dengan kami sambil menangis, kami apa lagi lihat saja kanak kanak tadika ini menangis terus saja menangis lagi kerana belas kasihan kepada mereka yang haus pada agama, jadi kami doa semoga 11 orang yang ikut kami tunai 40 hari akan menjadi aset untuk usaha agama disitu.

Setahun selepas itu di malam markas Masjid India Kuala Lumpur ada bayan daripada jemaah 4 bulan dari Indonesia, selepas bayan taskil dibuat dihadapan termasuklah ahli jemaah mereka, takdir Allah dihadapan saya ada seorang ahli jemaah tersebut, dia pun sebuk taskil kiri kanan depan belakang, bila ditoleh ke belakang, saya tunduk kepala kerana akan ditaskil, terkejut saya apabila dia peluk saya dan sambil menyebut nama saya "Pak musa" bila saya pandang rupanya dia adalah salah seorang dari yang 11 orang keluar 40 hari dulu, sekarang sedang keluar 4 bulan di Malaysia. Dia beri karguzari masjid tempatnya itu telah jadi morhalah yang kuat dan kerja amat maju, sebulan sekali mereka turun ke Medan untuk keluar 3 hari, 11 orang dulu tu menjadi tonggak kerja disana.

Begitulah bila usaha atas agama dibuat sungguh-sungguh, yang dahulunya kurang mengenali agama boleh jadi dae yang ikhlas pada Allah, semuga Allah terima kita dan seluruh umat nabi saw untuk buat pengorbanan diri dan harta atas agama Allah swt.

Karguzari daripada Hj Musa yang lain boleh melawat blog beliau di Musa Kola Kedah

Wallahu a'lam.

sumber

Karguzari daripada Hj Musa

0 Response to "Karguzari Jemaah khuruj ke Medan tahun 1983"

Post a Comment