Laporan Jemaah Masturat ke Spanyol

LAPORAN JEMAAH 2 BULAN MASTURAT ( SUAMI ISTERI ) KE SPAIN

Amir Jemaah: Syeikhul Misykat Maulana Husnol Hizam (Seri Petaling)
Ahli Jemaah:
Dr Mat Vet (Abu Bakar Baginda) 
Dr Ridzuan (Seri Petaling) 
Nozeri (Jalan Kebun, Kelang) 
Ramlan Alwi (Sg Besi)

Bismillahirrahmanirrohim
Alhamdulillah, kami telah bertolak dari Malaysia ke Perancis pada 19 April 2015. Sementara menanti ke Spain kami telah buat usaha di 3 tempat di bandar Perancis. Di sini, terdapat kelompok masyarakat berbilang bangsa. (Local Perancis, Afrika, Arab, Indopak berbahasa urdu dan tamil).

Alhamdulillah di sini kami telah dapat satu Jemaah masturat tunai (4 pasang) untuk keluar ke Eropah selama 2 minggu.

Syura Perancis berasa terkilan kerana Malaysia hanya jadikan Perancis sebagai Negara transit sahaja sedangkan takazar usaha agama sangat mendesak di sini kerana Jemaah dari Indopak bermasalah untuk masuk ke Perancis. 

Di samping itu, terdapat karkun Malaysia yang menetap secara tetap di sini yang boleh menjadi penterjemah. Juga terdapat ramai di sini yang boleh berbahasa Inggeris..
Untuk makluman, Negara Perancis mengharamkan purdah, maka kami telah membuat persiapan rapi dengan memakaikan MASK (topeng muka) dan kacamata hitam. Pegawai imigresen airport telah mengarahkan wanita kami membuka purdah serta merta namun membenarkan apabila mereka dipakaikan dengan mask dan kacamata hitam. Pastikan Jemaah seterusnya ke Perancis membuat persiapan sedemikian. Walau bagaimanapun, Jemaah lelaki tiada masalah untuk masuk malah tersangat dialu-alukan oleh Syura Perancis.

Pada tarikh 27 April kami telah masuk ke Spain melalui kereta api laju dari Paris ke Barcelona (6 ½ jam sejauh 1300km). Di Barcelona, kami telah membuat usaha dengan beberapa pelajar Malaysia.
Bilangan pelajar Malaysia adalah lebih kurang 100 di Barcelona dan 100 di Madrid. Di sini, terdapat wanita Melayu yang berkahwin dengan orang Spain yang bermastautin secara tetap. Ahlia kami telah buat usaha di rumahnya.
Di Barcelona, kami telah buat usaha di 3 marhalah:
1. Masjid Tariq bin Ziyad. Buat usaha selama 3 hari di sini. Kebanyakan dari mereka berbahasa Urdu. Ini adalah Markaz Spain.
2. Masjid Abu Bakar. Untuk makluman, hanya 2 masjid ini sahaja dipenuhi dengan orang berbahasa Urdu manakala route kami seterusnya kesemuanya adalah orang-orang Arab Morocco.
3. Masjid Al-Fath. Orang Arab Morocco. Alhamdulillah di sini, satu jemaah masturat (5 pasang ) telah dibentuk untuk keluar seminggu ke Perancis. 
Pada 6hb Mei kami telah berangkat ke Madrid (perjalanan melalui kereta sejauh 600km) untuk hadiri ijtimak Spain pada tarikh 8-10hb.
Ijtimak ini dihadiri oleh Syura Morocco Sheikh Basyir dan wakil daripada Jemaah England Dewsbury dan Jemaah Pakistan, Lahore. Kehadiran adalah sekitar 1000 orang. Hasilnya adalah 31 jemaah telah dapat dibentuk: 1 jemaah 4 bulan, 28 jemaah 40 hari dan 2 jemaah 10 hari.
Alhamdulillah, jemaah kami telah diberi ruang untuk beri bayan khusus untuk kerja-kerja masturat yang mana telah membuka mata karkun di sini tentang kepentingan kerja masturat. Malah selepas bayan, ramai yang datang berjumpa kami bertanyakan tentang usul-usul dan tertib terkini dalam usaha masturat. Untuk makluman, tiada satupun rumah taklim mingguan dan hanya ada 2 tempat taklim bulanan yang diadakan di Barcelona oleh kelompok karkun Urdu.
Usaha masturat di kalangan orang Arab tersangatlah lemah. Di sini juga usaha student boleh dianggap tiada langsung dan mereka meminta kami untuk menerangkan usaha memfokuskan kepada usaha pelajar.
Selepas ijtimak, kami telah dihantar ke pedalaman di Navarra (300 km dari Madrid). Di sini kami ditashkil seminggu di 3 buah masjid. Banyak rumah sedia untuk terima kami namun kami terpaksa buat keputusan hanya 3 rumah sahaja.
Jemaah masturat yang pernah datang hanyalah dari Perancis dan Bangladesh. Kami adalah Jemaah luar negara ke 3 dan sangat disukai oleh mereka. (Note: Tempat ini terpencil tetapi di masa hadapan diharapkan jemaah-jemaah seterusnya perlu memberi perhatian kerana tempat ini sungguh berpotensi khususnya bagi pembangunan kerja masturat.
Malah kami telah dapat membentuk Jemaah bayangan masturat untuk keluar Negara khususnya ke Malaysia.
Route seterusnya adalah ke Cashres selama 3 hari (300km dari Madrid).
Kemudian akan ke Seville selama 3 hari (200km dari Cashres) dan ke Al Jesera (200km dari Seville) dan Loza (250km dari Al Jesera). Akhiranya, ke Malaga (230km dari Loza). sebelum bertolak ke Perancis (dan akan buat usaha selama seminggu) dan kemudian pulang ke Malaysia.
In sha Allah, nama orang tanggungjawab akan kami faks kemudian. Kami berpandangan, jemaah seterusnya perlu dihantar terutama yang boleh berbahasa Arab (sekurang-kurangnya 2 orang dalam jemaah lelaki dan 2 pasang sekiranya jemaah masturat).
Jika tidak, kesemuanya terpaksa diterjemahkan untuk setiap perkara kerana mereka tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Kalau tidak, sekadar ambil berkat. Ini perlu diambil perhatian. Bukan hanya ingin jemaah yang banyak tapi jemaah yang munasib!!
Daripada:
Jemaah Masturat
( Suami Istri )
6.00am, Madrid Spain (outside temperature 12 celcius)


mask topeng

0 Response to "Laporan Jemaah Masturat ke Spanyol"

Post a Comment