Kargozari Jamaah Dakwah di Pedalaman Sabah

Laporan jemaah Kuala Lumpur khuruj tabligh fisabilillah 40 hari ke pedalaman sabah.
--------------------

Jemaah keluar dalam bulan desember 2012. Mereka menyewa 2 buah mobil Toyota Hilux. Satu hilux utk bawa tas/kanvas/diesel dan satu hilux utk bawa makanan.

Sepanjang 40 hari, mereka hanya dpt iktikaf satu surau sahaja. Kebanyakan hari mereka samada tidur dlm kereta, atau khemah kanvas. Penuh mujahadah dan kesusahan. Nyamuk, basah, perkara biasa.

Pernah suatu hari mereka terpaksa tidur di kawasan berlalang. Mereka tebas lalang dan buat khemah. Allah telah turunkan hujan dan mereka suruh orang tua di kalangan mereka tidur dalam khemah manakala orang muda berhujan di luar kerana khemah terlalu kecil.

Suatu malam, masa tidur, Amir jemaah telah bermimpi didatangi 2 lelaki. Lelaki pertama memperkenalkan diri sebagai Saidina Abu Bakr r.a dan berkata bahawa lelaki sebelahnya ialah saidina Umar r.a. mereka dtg dgn senyuman. Mereka berdua memberitahu pada Amir jemaah, "wahai tuan, kami bawa pesanan daripda Nabi Saw bahawa baginda kirim salam pada jemaah anda. Dan Nabi saw bagitahu bahawa baginda menunggu anda semua di dalam syurga."

-cerita dilaporkan oleh Ustaz Azim Bin Isa, pelajar Alim tahun akhir miftahul Ulum sri petaling. Ustaz Azim ada duduk mendengar laporan jemaah tadi. Ramai yg menangis kerana cemburu dgn kejadian itu. Cerita disahkan oleh Maulana Mohd Razif hafizullah semasa makan malam setalam dgn beliau. Turut makan bersama setalam adalah Awg Fakrulnizam.

Jemaah dakwah skrg tidak akan menemui musuh ataupun pedang ataupun darah. Hanya menemui kesusahan tidur, nyamuk, hujan. Kesusahan begini pun telah dijanjikan syurga oleh Nabi saw apatah lagi kalau terjumpa musuh dgn pedang?

sumber

DAKWAH DENGAN HILUX


0 Response to "Kargozari Jamaah Dakwah di Pedalaman Sabah"

Post a Comment